SMKDPB DI AKHBAR BERITA HARIAN 26 APRIL 2012


26 April 2012: Tahniah kepada adik Nurul Najihah Bakar tingkatan 1di atas kejayaan mengharumkan nama sekolah dengan mendapat Johan Permainan SAHIBBA peringkat negeri Johor, kategori sekolah menengah. Dengan kemenangan tersebut adik Nurul Najihah Bakar telah membawa hadiah, sijil dan wang bernilai RM250. Pertandingan anjuran DPB dan JPN Johor ini telah diadakan di JPN Johor pada 24 April 2012. Semoga adik Nurul Najihah Bakar yang akan mewakili negeri Johor akan memperoleh Juara di peringkat Kebangsaan. Syabas dan tahniah.



BENGKEL KAJIAN TINDAKAN DAERAH PONTIAN 2012


25 April – Bengkel Penulisan Kajian Tindakan Sekolah-Sekolah Daerah Pontian telah dijalankan pada pagi ini di Dewan Gemilang, SMKDPB. Program  yang bermula pada pukul 7.45 pagi telah tamat pada pukul 4.30 petang. Program ini disertai seramai 267 orang guru dari semua sekolah di daerah Pontian. Program yang berlangsung sehari ini dirasmikan oleh Tn Hj Abd Wahid bin Md Yusof – Penolong PPD Unit Teknik dan Vokasional sementara majlis penutupan rasmi disempurnakan oleh Tn Hj Hashim bin  Mohd Dom – Pengetua SMKDPB merangkap Pengerusi Kajian Tindakan Daerah Pontian.  Penceramah program ialah Tn Hj Abd Kahar bin Ismail. Beliau turut dibantu oleh AJK Kajian Tindakan Daerah Pontian dan Guru-guru Cemerlang Daerah Pontian. Diharapkan para peserta dapat menyiapkan penulisan hasil Kajian Tindakan seperti tarikh yang ditetapkan. Sekian.


Pasukan Kawad Kaki KRS Perempuan: Naib Johan 2012

18 April 2012: Tahniah kepada pasukan kawad kaki KRS perempuan kerana telah dinobatkan sebagai Naib Johan Peringkat Daerah bagi tahun 2012 yang telah dijalankan di Dataran kawad SMK Telok Kerang.
Walaupun tidak selaku juara, tapi secara keseluruhannya, persembahan yang ditunjukkan oleh pasukan Kawad KRS Perempuan SMKDPB ini amat menarik sekali. Tahniah kepada semua yang terlibat.

SMKDPB DI DADA AKHBAR - BERITA HARIAN 23.4.12


HARI BUKU SEDUNIA


23 April- Sambutan Hari Buku Sedunia peringkat SMK Dato’ Penggawa Barat telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Hashim Mohd Dom (Pengetua - Sesi Pagi) dan En Ariffin bin Bajuri (PK Petang – Sesi Petang). Sambutan ini bertujuan menyedarkan pelajar dan warga SMKDPB khususnya tentang kepentingan buku dalam kehidupan seseorang.  Acara sambutan dipelbagaikan  dengan persembahan ulasan buku oleh pelajar, persembahan multimedia, derma buku dan pameran buku. Semoga warga SMKDPB dapat merealisasikan motto 1 HARI 1 BUKU.

Public Speaking Competition Daerah Pontian



18 April 2012 : Pertandingan Pengucapan Awam Bahasa Inggeris Daerah Pontian 2012 telah dijalankan pada 18 April 2012 bertempat di SMK Kayu Ara Pasong. Tahniah di atas kejayaan mendapat tempat ke-3 kepada saudari Nurliana binti Ariffin yang telah mewakili sekolah.

Semoga berjaya mewakili daerah Pontian pada tahun hadapan. Bersedialah dengan yang terbaik.



MAJLIS APRESIASI KITAR SEMULA 2012

18 April - Satu Majlis Apresiasi Kitar Semula 2012 telah diadakan pada hari ini bertujuan mengiktiraf SMKDPB sebagai penyumbang terbanyak kitar semula di negeri Johor. Program ini turut dihadiri oleh En. Zainal Fitri Bin Ahmad Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Johor, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian dan pegawai-pegawai PPSPPA. Para pelajar diingatkan agar "FIKIR DAHULU SEBELUM BUANG"

Dalam ucapan beliau, beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada SMKDPB kerana Kelab Kitar Semula SMKDPB telah menyumbangkan bahan kitar semula tertinggi di Negeri Johor bagi tahun 2011.

Selamat Datang 4 Guru Pelatih UTM Skudai

19 Mac 2012: Seramai 4 orang guru pelatih daripada UTM Skudai telah melapor diri di SMK Dato' Penggawa Barat. Mereka akan berada di sini untuk menjalani latihan mengajar sehingga 29 Jun 2012. Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran mereka.

Guru yang dimaksudkan:

1. Cik Maliani Binti Mohamad @ Mat Lazim (Opsyen KHB)
2. Cik Nurul Janah Binti Abu Naim (Opsyen Matematik)
3. En. Mohd Azam Iskandar Bin Che Aziz (Opsyen KHB)
4. En. Muhammad Azri Bin Abd. Rahim (Opsyen Fizik)

Semoga mereka dapat menimba ilmu perguruan dengan sebaik-baiknya di sini dan menjadi seorang guru yang berwawasan serta berdedikasi.

Kejohanan Catur Peringkat Daerah 2012


15 April 2012 : Kejohanan Catur Peringkat Daerah 2012 telah diadakan di SMA (Arab) AN-Nur Benut pada 3 dan 4 April lepas. Sebanyak 4 kategori dipertandingkan. SMK. Dato’ Penggawa Barat telah menjadi johan bagi kategori Perempuan Bawah 18. Seramai 3 orang pelajar dari SMKDPB akan mewakili daerah pada 20 hingga 22 April ini di Mersing. Latihan pusat akan diadakan pada 17 hingga 19hb April ini di PKG Teluk Kerang pada pukul 8 hingga 3 petang untuk persiapan ke peringkat negeri. Tahniah diucapkan! Semoga pulangmu membawa kejayaan! Amin!
  • Nurul Farazilla binti Ab. Rahman (Tempat pertama - PB18)
  • Noor Faezun binti Mohd Khalil (Tempat ketiga - PB18)
  • Noraza binti Mohamad (Tempat ketiga - PB15)

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK PMR, SPM & STPM 2012

14 April 2012 : Hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia sebagaimana yang telah dinyatakan dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah jelas untuk menghasilkan generasi bangsa Malaysia yang mempunyai tahap kecemerlangan yang tinggi dari aspek emosi, rohani, intelek dan jasmani. Jesteru itu para ibubapa pelajar Sekolah Kluster SMK DBP, Pontian perlu diberi pendedahan yang sewajarnya tentang kecemerlangan pelajar agar mereka merasakan keterlibatan mereka dalam menentukan kecemerlangan anak-anak merupakan sumbangan yang paling utama, ibarat mutiara yang dimiliki, digilap suapaya terus berkilau. Program bermula dengan amanat YDP PIBG SMKDPB dan diikuti dengan ceramah kecemerlangan oleh Prof.Madya Dr.Husin bin Junoh. Program ini telah diadakan di Dewan Sri Gemilang, SMKDPB.