TAHNIAH MOHD FAHIM AZFAR - ANUGERAH EMAS

30 Ogos 2021 - SMKDPB sering terlibat dengan program inovasi melestarikan alam sekitar, maka  pihak PERTUBUHAN KONSERVASI ALAM MALAYSIA dan RENJER KONSERVASI ALAM MALAYSIA telah memilih SMK Dato’ Penggawa Barat membuat pembentangan PERINGKAT  KEBANGSAAN berkaitan alam sekitar. Maka adik Mohd Fahim Azfar bin Aili telah dipilih oleh Jawatankuasa Kajian Tindakan, Kreativiti dan Inovasi SMKDPB  untuk membuat pembentangan sempena HARI GAJAH SEDUNIA. Beliau membuat pembentangan bertajuk KONFLIK GAJAH & MANUSIA.

 Alhamdulillah, beliau berjaya memperoleh ANUGERAH EMAS dalam pembentangan tersebut. Tahniah diucapkan kepada Mohd Fahim Azfar.