MAJLIS PENTAULIAHAN PESERTA ARPRM SMK DATO’ PENGGAWA BARAT, PONTIAN

PONTIAN, 30 Disember 2020 : Suatu Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) SMK Dato Penggawa Barat Peringkat Negeri Johor 2020 telah dilaksanakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah, YBhg Tuan Hj Jasni Omar di Bilik Sarana PIBG, SMK Dato’ Penggawa Barat.

Seramai 18 orang peserta Anugerah Gangsa dan 4 peserta Anugerah Perak yang layak menerima Sijil Pentauliahan ARPRM bagi SMK Dato’ Penggawa Barat pada kali ini. Walaubagaimanapun hanya 7 pelajar Anugerah Gangsa yang dijemput pada hari ini kerana kekangan Covid-19, sementara 4 pelajar Anugerah Perak telah diraikan pada majlis yang serupa pada 25 November 2020 yang lalu. 

Dalam ucapan perasmian beliau, Hj Jasni melontarkan idea supaya para pemimpin ARPRM di sekolah ini mendokumentasikan gerakerja dan aktiviti2 yang dijalankan sebagai suatu pencapaian KPI sekolah dan juga guru2 yang terlibat. Beliau juga menyarankan supaya pelajar-pelajar Cina dan India serta kaum-kaum lain digalakkan menyertai program ARPRM ini yang memberi peluang seluas-luasnya kepada semua pelajar tanpa mengira bangsa, kaum, agama dan jantina. 

Pegawai Pendidikan Daerah Pontian juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak dan agensi yang bekerjasama dan membantu pelaksanaan ARPRM di sekolah-sekolah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah seperti Pejabat Daerah Pontian, Pejabat Belia dan Sukan Daerah, Kolej Komuniti Tanjong Piai, dan lain-lain jabatan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.  

Turut hadir pada majlis ini ialah En Suffian Fabilah, Pengarah Kolej Komuniti Tg Piai; En Muzakkir Mohd Sidek, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, En Shaphri Mohd Yusof, Pengetua SMK Dato’ Penggawa Barat dan En Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian. 

Pada majlis yang sama juga diraikan Tuan Hj Jasni Omar, Pegawai Pendidikan Daerah Pontian yang akan tamat perkhidmatan awam beliau pada 31 Disember 2020, dan akan memulakan alam persaraan beliau pada 1 Januari 2021. Majlis pada hari ini adalah program terakhir beliau sebagai seorang penjawat awam. 

Selamat bersara diucapkan kepada Tuan Hj Jasni Omar, selamat maju jaya kepada SMK Dato’ Penggawa Barat yang bakal merealisasikan Peserta Anugerah Emas ARPRM Daerah Pontian dalam waktu yang terdekat nanti

#sumber berita FB Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.