Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 26 Oktober hingga 5 November 2009.
Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan hujung tahun, menggerakkan program/aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.
Program KM1M 2017 akan diadakan selama 3 hari iaitu 2 hingga 4 April 2017 dengan Tema “Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia“. Majlis pelancaran KM1M Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 4 April 2017 di Auditorium BTP, Kementerian Pendidikan Malaysia.

