MAJLIS PELANCARAN BULAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH 2015

1 Julai 2015 : Majlis pelancaran Sambutan Bulan Membaca peringkat sekolah, SMK Dato' Penggawa Barat telah disempurnakan oleh Tn.Hj. Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang SMK Dato' Penggawa Barat pada jam 7.15 pagi di Dewan Seri Gemilang.
Bulan Julai telah diisytiharkan sebagai Bulan Membaca Kebangsaan mulai tahun 2001 yang bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan amalan membaca dalam menimba ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat. Usaha ini perlu dijalankan dan dipertingkatakan secara berterusan agar dapat dibudayakan tabiat membaca dan mengejar ilmu sebagai teras masyarakat bermaklumat.
Sebagai prasyarat negara maju, Minggu Sambutan Bulan Membaca 2015 merupakan satu program yang dirancang oleh pihak JK Program Nilam, SMK Dato' Penggawa Barat bersempena dengan Bulan Membaca ini. Para pelajar akan terlibat dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang memberikan pendedahan kepada mereka tentang kepentingan amalan membaca. Aktiviti yang dirancang antaranya ialah melukis poster,'explorace in library', kuiz, permainan dalaman, cogan kata dan bercerita.