29 Oktober 2014 – Majlis Doa
restu diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Seri Gemilang. Majlis yang
bermula pada pukul 12.00 tengah hari ini bertujuan untuk para pelajar memohon doa restu daripada para guru yang
mengajar selama berada di SMKDPB. Para pelajar juga memohon agar para guru
memaafkan segala kesalahan mereka dan menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan.
AMANAT PENGETUA |
Pada majlis ini juga para pelajar
mendengar amanat pengetua melalui tayangan video memandangkan Tn Hj Hashim bin
Mohd Dom berada di Ipoh, Perak kerana menghadiri mesyuarat SBT. Dalam amanatnya
Tuan pengetua meminta para pelajar membuktikan kemampuan diri dengan memperoleh
pencapaian cemerlang dalam peperiksaan SPM. Beliau juga meminta para pelajar
memohon doa restu dan mencium tangan ibu bapa sebelum ke dewan peperiksaan.