7 Ogos 2014 - Khamis
Seramai 26 orang pelajar dan 7 orang guru dari SMKDPB telah
berjaya menjalinkan program tersebut di salah sebuah Madrasah yang terkenal di
Singapura. Madrasah tersebut adalah madrasah yang tertua yang telah dibuka pada
tahun 1927 oleh komuniti muslim di sana. Madrasah tersebut di bina di atas
tanah wakaf oleh Sayyid Abdur Rahman bin
Junied bin Omar bin Ali Al-Junied. Pengasasnya ialah datuk kepada Sayyid Abdur Rahman iaitu Sayyid Omar
bin Ali Al-Junied. Madrasah tersebut
sehingga kini telah berjaya melahirkan ramai graduan yang berpendidikan tinggi
sehingga bergraduat dari Universiti Al-Azhar di Mesir. Madrasah AlJunied Al-Islamiah di pilih dalam
program ini kerana madrasah ini telah berjaya menerapkan perkembangan ilmu
agama dan duniawi selari dengan arus permodenan yang ada sekarang.
Antara objektif yang telah dicapai ialah:
iii) mendedahkan peserta kepada perkongsian budaya dalam
ilmu pendidikan antara dua negara.
iv) memotivasikan diri murid untuk lebih cemerlang dalam
mendalami ilmu khususnya Matematik.
v) memperolehi pengalaman melalui interaksi guru dan murid
dalam kelas dan diaplikasikan untuk penambahbaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran.
|
|
|
|
|
|