Program Kepimpinan Pelajar - Taman Negara Endau-Rompin PETA

30 Mac 2012 : Program Kepimpinan Pelajar anjuran Unit HEM dan Unit Kaunseling, SMK Dato'Penggawa Barat telah diadakan dengan hasrat untuk meningkat daya kepimpinan dan jati diri pelajar, khususnya bagi pemimpin kelab-kelab beruniform dan persatuan-parsatuan pelajar SMK Dato'Penggawa Barat. Program ini telah diadakan di Taman Negara Endau-Rompin Peta, Johor selama 3 hari bermula 30 Mac 2012 hingga 1 April 2012.
Taman Negeri Endau-Rompin merupakan salah satu daripada sebilangan kecil hutan hujan tropika tanah pamah di Malaysia. Terletaknya di legeh Sungai Endau dan Sungai Rompin di Johor bersempadan dengan Pahang, kawasan ini yang seluas 50,000 hektar (500 kilometer persegi) dianggar berumur sekitar 250 juta tahun.
Pelbagai jenis tumbuhan yang unik terdapat di sini seperti keruing, meranti, paku-pakis, periuk kera dan orkid hutan. Pada sekitar 1985, satu ekspedisi sains menemui 25 spesies tumbuhan yang baru.
Di Taman Negara Endau-Rompin juga terdapat banyak hidupan liar seperti harimau, gajah dan babi hutan,  Badak Sumbu Sumatera yang terbesar di dunia. Spesies tempatan yang lain termasuk binturung (bear cat) dan Ungka Tangan Putih (white handed gibbon) yang merupakan spesies mawas yang tunggal di kawasan ini. Di sini juga terdapat pelbagai jenis serangga dan burung yang jarang ditemui di tempat lain.
Terdapat juga banyak air terjun dan denai kecil di Taman Negeri ini. Air Terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120 meter merupakan kawasan air terjun yang paling cantik. Ia ada lima tingkat dan mampu mengalirkan empat perpuluhan lima juta liter air seminit.
Kawasan ini juga penuh dengan mitos dan legenda dan telah menjadi sebuah kawasan rekreasi dan pelancongan yang mashyur di Malaysia. Ramai pelancong gemar menjejaki hutan ini, khususnya di habitat Jakun di mana mereka dapat mendengar cerita-cerita mitos hutan yang terpesona. Taman ini juga memberikan wawasan bernilai tentang budaya orang asli yang unik, teknik ketakatan serta kemahiran pemburuan dan pengesanan haiwan. .

Perkhemahan merupakan penginapan yang paling popular. Terdapatnya empat tapak perkhemahan yang dapat menampung kira-kira 300 ratus orang, yakni di Kuala Jasin, Batu Hampar, Upeh Guling dan Kuala Marong. Pada waktu sekarang, Taman ini tengah merancang untuk memberikan lebih kemudahan kepada pelancong selaras dengan matlamat untuk membentukkan taman negara ini sebagai destinasi pelancong yang utama.

Perjalanan ke Taman Negeri Endau-Rompin bermula dari Kampung Peta, iaitu sebuah perkampungan orang Hulu. Dari Kampung Peta, kami  menaiki bot kecil selama 40 minit untuk sampai ke kawasan perkhemahan Kuala Jasin. Dari sini, kami berjalan kaki kira-kira enam jam untuk sampai ke kawasan Air Terjun Buaya Sangkut.



Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Cawangan Negeri Johor di atas sumbangan tak terhingga yang telah diberikan diantaranya ialah  3 kenderaan pengangkutan ke Taman Negara,  2 pasukan perubatan  dengan kelengkapan  MOK (Medical Oxygen Kit), 10 anggota pakar pertolongan cemas dan khidmat bimbingan yang diberikan sepanjang aktivit-aktiviti yang diadakan.