PENTING "TERKINI": Penyerahan Borang Opsyen / SBPA
Arahan Tn. Pengetua
Anugerah Kecemerlanagan Kokurikulum Peringkat Negeri 2011
Dengan beberapa persaingan yang sengit akhirnya SMKDPB dianugerahkan dengan 2 kategorikan :
- Pasukan Cemerlang Kokurikulum (Kelab & Persatuan) Sekolah Menengah : Kelab Bijak PNB
- Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum Sekolah Menengah : Cik Marlia Bt. Awang
Majlis Anugerah Kecemerlangan KAA 2010 Peringkat Negeri
- Anugerah Pelajar lelaki Akademik dan kepimpinan Terbaik KAA SPM2010- tempat Pertama (Mohd Amirul Syafiq Norasram)
- Anugerah Matapelajaran Terbaik KAA SPM 2010 (Pendidikan Syariah Islamiah)
- Anugerah Matapelajaran Terbaik KAA SPM 2010 (Pendidikan Al-Quran dan Sunnah)
- Anugerah Peningkatan Pencapaian Sekolah KAA SPM 2008, 2009 2010 (GPS)
- Anugerah Sekolah Terbaik Bandar KAA PMR 2010 (Kedua)
- Anugerah Sekolah Terbaik KAA SPM 2010 (Pertama)
- Anugerah Lonjakan Saujana Akademik KAA SPM 2010
- Anugerah Sekolah Gemilang KAA 2010
Gotong Royong Semua Pelajar Tingkatan 2, 3, 4, 5 & Pra-U2 Tahun 2012
- Tarikh : 2 Januari 2012
- Hari : Isnin
- Masa : 8.30 pagi
- Tempat : Kelas Masing-masing
- Pakaian : T-Shirt Sekolah
Diharapkan SEMUA pelajar dapat hadir pada hari tersebut bagi membersihkan kelas masing-masing agar pada hari pertama persekolahan Pembelajaran dan Pengajaran dapat dijalankan tanpa gangguan. Harap Maklum.
Kemasukan IPTA sesi 2012/2013
PMR 2011 Mencatat Sejarah : 121 "Perfect Score"
22 Disember 2011: SMKDPB mencatat sejarah apabila seramai 121 daripada 234 orang telah memperolehi keputusan “perfect score”(51.7%).
Secara pecahannya seramai 32 orang “perfect” 9A, 83 orang “perfect” 8A dan 6 orang “perfect” 7A.
Pelajar “near miss” pula adalah seramai 29 orang dengan keputusan 7A1B (21 orang) dan 8A1B (8 orang)
Jumlah pelajar cemerlang ini meningkat berbanding PMR 2010 seramai 115 daripada 230 (50%).
Berikut adalah pencapaian GPMP setiap mata pelajaran
- BM : 1.05
- BI : 1.21
- Sejarah : 1.30
- Geografi : 1.39
- Bahasa Arab : 1.94
- Bahasa Cina : 1.13
- P. Islam : 1.21
- Matematik : 1.15
- Sains : 1.15
- KHB (KT) : 1.13
- KHB (ERT) : 1.02
- KHB (PERT) : 1.09
- KHB(PK) : 1.15
Atas kecemerlangan ini SMKDPB tealah dianugerahkan :
- Anugerah Bilangan Calon Cemerlang Teramai Sekolah Kawalan. (121 orang)
- Anugerah GPS Terbaik Sekolah Kawalan (1.22).
- Anugerah Peratus Keseluruhan Tertinggi Sekolah Kawalan (99.57%)
Kemasukkan ke Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional 2012
Aliran
- Aliran Teknikal
- Aliran Vokasional
- Aliran Kemahiran
- Kolej Vokasional
Aliran Teknikal
Aliran Vokasional
Syarat Umum
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon hendaklah:
- Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.
- Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.
- Kesihatan diri pemohon:
- Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
- Bebas dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
- Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.
Syarat Khusus
- Aliran Teknikal – Minimum B semua 8 mata pelajaran dalam peperiksaan PMR
- Aliran Vokasional – Pencapaian sederhana dalam peperiksaan percubaan PMR
- Aliran Kemahiran – Pencapaian rendah dalam peperiksaan percubaan PMR
- Kolej Vokasional – Pencapaian baik dalam peperiksaan percubaan PMR
Permohonan
- Permohonan ke SMT dan SMV boleh dibuat dengan dua cara:
- Secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2012 .
- Secara manual dengan datang sendiri ke SMT atau SMV yang berdekatan. Borang permohonan boleh dimuat turun di Borang Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Vokasional.
- Setiap permohonan hanya dibenarkan membuat pilihan satu sekolah/kolej dan dua kursus sahaja.
- Kemudahan asrama disediakan di hampir semua SMT dan SMV. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.
Temuduga
- Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT/SMV yang berkenaan.
- Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan percubaan PMR 2011 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.
Tarikh Tutup
TINDAKAN SEGERA - KEPADA SEMUA GURU SMK DATO' PENGGAWA BARAT.
Diharapkan guru-guru memaklumkan kepada rakan guru yang lain agar dapat mengisi SGM secara atas talian sebelum tarikh yang diberikan di atas. Kerjasama dan komitmen guru-guru didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.
Kelas Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) SMKDPB 2011
KURSUS ICT SECARA ATAS TALIAN
Kursus Pembangunan Web dalam Matematik
Pada kali ini sekali lagi Prof. Madya Zaleha Binti Ismail, pensyarah di Jabatan Matematik Universiti Teknologi Malaysia telah diundang untuk membimbing dalam pengendalian kursus.
Antara isi kandungan kursus ini, guru-guru matematik didedahkan dengan teknik-teknik pengisian yang diperlukan untuk dimuatkan dalam sesuatu laman web yang berkaitan dengan matematik. Bagi membolehkan kejayaan kursus ini berjaya, tapak laman web mesti diwujudkan.
Objektif kursus ini antaranya ialah:
- Matematik diterokai secara global
- Peningkatan minat pelajar dalam mempelajari matematik dihujung jari
- Kaedah pendekatan yang lebih mesra pelajar
PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH (Pemulihan Akademik) Pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2, 2011
- Berdasarkan pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun2011, didapati sebahagian pelajar masih belum dapat menguasai beberapa matapelajaran dengan baik.
- Sehubungan itu, beberapa orang guru telah bersetuju untuk mengadakan kelas pemulihan bagi membantu pelajar-pelajartersebut.Jadual kelas serta senarai nama pelajar yangterlibat terdapat pada link di bawah.
- Pelajar akan dikenakan bayaran sebanyak RM2.00 bagi setiap kali menghadiri kelas.Wangini adalah untuk kegunaan nota dan lembaran kerja yang berkaitan.
- Ketika menghadiri kelas,pelajar dikehendaki memakai uniform atau pakaian sukan sekolah,lengkap berstokin dan berkasut. Oleh kerana kantin sekolah ditutup sepanjang cuti persekolahan, pelajar perlu membawa bekalan makanan sendiri.
Senarai nama dan jadual kelas boleh didapati di sini.
KELAS TINGKATAN 2 & 3 Sesi 2012
Kepada semua pelajar sesi petang 2011, anda boleh melihat kelas anda pada sesi 2012 dengan menekan link di bawah:
1. Kelas Tingkatan 2 2012
2. Kelas Tingkatan 3 2012
Catur Bestari 2011
Pemberian Wang Bantuan RM100
Mesyuarat Konvensyen PNB 2012
Amanat YDP PIBG di Majlis Solat Hajat Khusus SPM & STPM
Majlis solat dimulakan dengan tazkirah oleh Ust. Wan Yusli dan seterusnya solat hajat diimamkan oleh Ust. Haris Mustafa.
Walaupun pada majlis tersebut YDP PIBG Datuk Nasir Safar tidak dapat hadir, tetapi beliau masih dapat menyampaikan amanat beliau melalui 'facebook'. Berikut adalah amanat YDP .. saksikan!!
Bengkel Penggunaan Geogebra Oleh Prof. Madya Dr. Zaleha Ismail
Pada kursus kali ini pihak Penyelaras Kebitaraan telah mengundang Pensyarah dari UTM Skudai Prof. Madya Dr. Zaleha Binti Ismail dengan dibantu oleh 2 orang mahasiswi.
Kursus ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari dengan kehadiran seramai 18 orang peserta.
Antara objektif kursus ini adalah:
- Mempertingkatkan mutu penyediaan BBM bagi guru-guru matematik.
- Mempelbagai kaedah penyampaian P & P di dalam kelas
- Meningkatkan minat pelajar dalam mempelajari matematik
- Meningkatkan kualiti pencapaian GPMP matematik PMR, SPM dan STPM
Pihak pentadbiran sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Panitia Matematik dan semua guru yang terlibat bagi menjayakan kursus tersebut. Semoga SMKDPB akan terus gemilang dalam menuju ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi.
Majlis Penyerahan Trofi Filem Pendek Alam Sekitar kepada SMK Dato' Penggawa Barat yang telah mewakili Malaysia ke "ASEAN Celebrates the ASEAN Environmentally Sustainable Development Film Festival"
ASEAN Celebrates the ASEAN Environmentally Sustainable Development Film Festival 2011
Environment Ministers from ASEAN Member States as well as China, Japan, and the Republic of Korea joined the celebration of the ASEAN Environmentally Sustainable Development Film Festival with the theme 'Change the Climate Change' in Phnom Penh .
Majlis Pesaraan En.Lim Poh Thai pada 8 Nov 2011
Majlis Apresiasi Kecemerlangan Koakademik 2011
Jamuan Akhir Tahun Asrama "E-Gala Jardin Fe'erique" 2011
Secara keseluruhannya dari segi persediaan, perlaksanaan dan pengemasan dikendalikan oleh pelajar-pelajar aspura dan aspuri. Mereka telah berjaya mengendalikan dengan jayanya. Tahniah kepada semua pelajar.
Acara bermula sekitar jam 9.00 malam dengan kehadiran semua pentadbir, warden-warden asrama, penyelia asrama dan pengawal keselamatan.
Dalam ucapan rasmi En. Shapri (PK Pentadbiran) selaku wakil rasmi Tn. pengetua mengucapkan tahniah kepada semua ajk yang bertungkus lumus mengendalikan majlis tersebut. Beliau juga mengucapkan syabas kepada pelajar kerana sentiasa memberikan kerjasama yang baik dalam pentadbiran asrama.
Dalam majlis jamuan kali ini, mereka turut meraikan mantan warden iaitu Pn. Alisa Jaafar yang telah mengundur diri secara rasminya pada 31 Julai 2011. Ddalam ucapan ringkas Pn. Alisa, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua atas kerjasama semua pelajar sepanjang beliau bertugas sebagai warden semenjak 2008. Harapan beliau semoga semua pelajar memperolehi Perfect Score dalam peperiksaan.
Kem Easy Math SPM 2011
Seramai 200 pelajar terpilih tingkatan 4 dan 5 telah mengikuti kem tersebut.
Rata-rata pelajar yang mengikuti kem tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Panitia Matematik kerana menganjurkan kem tersebut lebih-lebih lagi dalam keadaan yang semakin hampir dengan SPM.
Antara objektif kem ini ialah:
- Meningkatkan GPMP matematik SPM kurang daripada 1.04
- Mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran topik-topik sukar dalam matematik SPM