27-29 Ogos 2014 – Kursus Lencana Juragan Muda 2014 telah
diadakan di Kem Awal Marine Rambah, SMKDPB menghantar 2 orang peserta iaitu Muhammad
Danial Irfan Hanif bin Suhizulhisam dan Syaidatul Adlin Bin Abd Razak. Pelbagai
aktiviti dijalankan iaitu Kembara Merdeka 16 KM, berkayak, membina rakit dan
sebagainya. Tujuan perkhemahan ini dijalankan adalah untuk melengkapkan Lencana
Juragan Muda. Peserta SMKDPB diiringi oleh Pn Noranisyah binti Afandi.
LULUS UJIAN PENGAKAP RAJA 2014
20 Ogos 2014 – Berita gembira buat Pengakap Laut Kumpulan 14 SMKDPB
kerana salah seorang ahlinya iaitu Mohd Nashruddin bin Mohd Shah yang telah
menerima keputusan rasmi lulus dalam ujian Pengakap Raja 2014.
Anugerah Pengakap Raja
atau lebih dikenali juga sebagai King Scout merupakan Anugerah tertinggi bagi
Pengakap Muda dan Pengakap Remaja di Malaysia. Sijil Pengakap Raja
ditandatangani oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong Malaysia serta semua
sultan di Malaysia. Anugerah Pengakap Raja ini sama
taraf dengan Eagle Scout di Amerika Syarikat, Queen
Scout di Australia, New Zealand & England, President
Scout di Singapura dan Tiger
Scout di Korea.
Tahniah Nash...Anda
mengharumkan nama SMKDPB. SDPB Menjuarai...
Tahniah kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Aminuddin bin Adam : PENGARAH PENDIDIKAN JOHOR.
Tahniah kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Aminuddin bin Adam atas perlantikan sebagai Pengarah Pendidkan Negeri Johor yang baru mulai 19 Ogos 2014. Kepimpinan Yang Berbahagia Tuan akan melonjakkan lagi pendidikan Johor ke Persada Kegemilangan. Kami warga SDPB Menjuarai teguh bersama Yang Berbahagia Tuan.
Daripada seluruh warga SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian, Johor
SBT-COACHING AND MENTORING
18 Ogos - Satu sesi Coaching and Mentoring Sekolah Berprestasi Tinggi telah dilakukan oleh pegawai-pegawai SBT, Kementerian Pendidikan Malaysia. sesi ini telah diketuai oleh Cik Rohaida binti Abd Manap, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan KPM. Dalam sesi ini pihak SBT, KPM melihat setiap program yang dirancang dan yang telah dilaksanakan serta melihat GROW. Terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar pihak SBT-KPM.
PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG DAERAH PONTIAN
18 Ogos – Majlis Pelancaran Bulan
Kemerdekaan Ke-57 dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Daerah Pontian
telah diadakan di Dewan Seri Gemilang , SMKDPB. Majlis ini disempurnakan oleh
Tn Hj Kamaruddin bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian. Majlis turut dihadiri
oleh pegawai-pegawai kerajaan setiap agensi di Daerah Pontian, ketua-ketua
kampung dan pelajar-pelajar sekolah.
Dalam ucapannya beliau menyeru hadirin agar mengibarkan Jalur Gemilang bagi menzahirkan rasa cinta kepada Negara Malaysia. Seterusnya Tn Hj Kamaruddin bersama-sama para hadirin dan
pelajar-pelajar sekolah melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan awam yang lalu
di sekitar Jalan Parit Masjid. Majlis diakhiri dengan jamuan pada pukul 10.30
pagi.
ZIARAH SYAWAL 2014
15 Ogos – Majlis Marhaban dan Ziarah
Aidil Fitri anjuran PIBG SMKDPB telah memilih rumah seorang pelajar Tingkatan
Lima iaitu Zakiah bt Idros di Parit Lapis Sayang, Benut. Majlis yang bermula
pada pukul 3.30 petang didahului dengan alunan marhaban seterusnya ucapan Dato’
Nasir Safar, Pengerusi PIBG dan ucapan tuan rumah. Majlis turut dihadiri oleh
Tn Hj Hashim bin Mohd Dom, En Mohd Shahpri bin Md Yusof, ketua-ketua bidang,
guru-guru, AJK PIBG serta ibu bapa para
pelajar Tingkatan Lima yang tinggal berdekatan. Majlis ini merupakan aktiviti
tahunan PIBG yang menghargai jalinan
silaturahim antara PIBG dan para ibu bapa penjaga pelajar. Terima kasih yang
tidak terhingga kepada En Idros, tuan rumah. Selamat Hari Raya Aidil Fitri –
Maaf Zahir dan Batin.
|
|
|
PEMBENTANGAN TIMSS 2015
14 Ogos – Bertempat di Hotel
Grand Lexis , Port Dickson, Tn Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang
SMKDPB telah dijemput oleh pihak PADU
(Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan ) untuk membentangkan faktor
kejayaan sekolah dalam Majlis Jamuan Makan Malam Bersama TPM. Hal ini kerana
SMKDPB yang diwakili oleh pelajar-pelajar Tingkatan Dua telah memperoleh
kecemerlangan dalam Mock Test 1 & 2
( Peratus Peningkatan Tertinggi ) dalam ujian percubaan TIMSS 1 & 2.
YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pendidikan serta YB
Dato’ Seri Idris bin Jusoh Menteri Pendidikan II turut berpuas hati dengan
amalan-amalan yang dilaksanakan di SMKDPB seperti penggunaan ICT (Blog sekolah
), kerjasama guru-guru, penggunaan minda bawah sedar, dan majlis penghargaan
kepada pelajar sempena pelancaran TIMSS sehingga memperoleh kecemerlangan dalam
Mock Test 1 & 2. Majlis turut
dihadiri YB Dato’ Mary Yap Kain Ching, Timbalan
Menteri Pendidikan I dan YB P. Kamalanathan P. Panchanathan, Timbalan Menteri
Pendidikan II serta Kepimpinan Tertinggi KPM.
Seluruh warga SMKDPB mendoakan pelajar-pelajar Tingkatan Dua beroleh
kejayaan cemerlang dalam Mock Test 3 dan seterusnya ujian sebenar TIMSS pada 24 Oktober 2014.
Semoga SDPB Menjuarai.
TAHNIAH PASUKAN GURU SDPB MENJUARAI MENDAPAT 3 EMAS 3 PERAK DALAM PERTANDINGAN INOVASI PENDIDKAN PERINGKAT ANTARABANGSA SEMPENA KONVENSYEN ANTARABANGSA JIWA PENDIDIK 2014
13 Ogos 2014 : 5 orang guru SMK Dato' Penggawa Barat telah dipilih untuk mewakili pasukan daerah Pontian dalam Pertandingan Inovasi sempena Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014. Guru-guru berkenaan ialah Pn. Syarifah Ain Hj. Ali, En. Anuar Salleh, Hj Abd Syukor Talib, En. Shairul Azman Bahari dan Pn.Aslipah Tasarib. Kelima-lima penyertaan tersebut telah berjaya mendapat pengiktirafan 3 Emas 3 Perak. Pn.Aslipah Tasarib telah mendapat tempat pertama bagi kategori Guru Cemerlang manakala En. Shairul Azman Bahari telah mendapat tempat ke-3 bagi kategori Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Tahniah dan syabas kepada kesemua yang telah berjaya membawa nama baik sekolah SMK Dato' Penggawa Barat di arena antarabangsa.
Program Kolaborasi dan Perkongsian Pendidikan antara SMKDPB dan Madrasah Al-Junied Al-Islamiah Singapura.
7 Ogos 2014 - Khamis
Seramai 26 orang pelajar dan 7 orang guru dari SMKDPB telah
berjaya menjalinkan program tersebut di salah sebuah Madrasah yang terkenal di
Singapura. Madrasah tersebut adalah madrasah yang tertua yang telah dibuka pada
tahun 1927 oleh komuniti muslim di sana. Madrasah tersebut di bina di atas
tanah wakaf oleh Sayyid Abdur Rahman bin
Junied bin Omar bin Ali Al-Junied. Pengasasnya ialah datuk kepada Sayyid Abdur Rahman iaitu Sayyid Omar
bin Ali Al-Junied. Madrasah tersebut
sehingga kini telah berjaya melahirkan ramai graduan yang berpendidikan tinggi
sehingga bergraduat dari Universiti Al-Azhar di Mesir. Madrasah AlJunied Al-Islamiah di pilih dalam
program ini kerana madrasah ini telah berjaya menerapkan perkembangan ilmu
agama dan duniawi selari dengan arus permodenan yang ada sekarang.
Antara objektif yang telah dicapai ialah:
iii) mendedahkan peserta kepada perkongsian budaya dalam
ilmu pendidikan antara dua negara.
iv) memotivasikan diri murid untuk lebih cemerlang dalam
mendalami ilmu khususnya Matematik.
v) memperolehi pengalaman melalui interaksi guru dan murid
dalam kelas dan diaplikasikan untuk penambahbaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran.
|
|
|
|
|
|
HARI KOKURIKULUM 2014
6 - 7 Ogos 2014 – Hari
Kokurikulum 2014 telah diadakan pada 6 dan 7 Ogos 2014 dengan menggabungkan
beberapa aktiviti lain iaitu Perkhemahan Unit Beruniform, Kem Sukan, Pelancaran
Bulan Kemerdekaan dan Pelancaran Bulan Sains Kemasyarakatan 2014.
Perkhemahan
Unit Beruniform yang bermula pada 6 Ogos 2014 disertai seramai 70 orang peserta
dari pelbagai unit beruniform. Antara objektifnya adalah untuk memberi peluang para pelajar menyertai
aktiviti yang bermanfaat serta mengeratkan hubungan antara ahli-ahli unit
beruniform yang terlibat. Pelbagai aktiviti diadakan seperti Explorace, ikatan dan simpulan, Night Walk dan sebagainya.
Seterusnya Kem
Sukan 2014 juga telah diadakan dengan memberi pendedahan teknik asas dalam
setiap permainan yang dipilih. Antara permainan yang dipelajari ialah Futsal,
Bola Baling, Bola Jaring dan Hoki.
Aktiviti ini juga diadakan bagi menjayakan program Kementerian
Pendidikan Malaysia iaitu 1 Murid 1 Sukan.
Akhir sekali, kemuncak Hari Kokurikulum diadakan dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan
oleh Kelab dan Persatuan, Unit Beruniform dan Permainan. Antara aktiviti yang
dijalankan ialah tayangan filem, permainan tradisional, jualan, pertandingan
fesyen Muslimah dan sebagainya. Kemeriahan Hari Kokurikulum begitu menyerlah
dengan kesudian YB Tn Hj Suhaimi bin
Salleh, ADUN Kukup yang sudi menyempurnakan pelancaran Bulan Kemerdekaan,
Pelancaran Bulan Sains kemasyarakatan dan seterusnya menyempurnakan penutupan
rasmi Hari Kokurikulum. YB Tn Hj Suhaimi
sendiri begitu teruja dengan aktiviti yang dijalankan pada Hari Kokurikulum
memandangkan beliau juga merupakan bekas pelajar SMKDPB. Kehadirannya mengimbau
kembali nostalgia ketika menuntut di SMKDPB.
Hari Kokurikulum tamat pada pukul
4.00 petang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang membantu
menjayakan program yang dirancang.
PERGI DENGAN HARAPAN, PULANG DENGAN KEJAYAAN - KARNIVAL SEJARAH 2014
7 Ogos 2014 – Karnival Sejarah Daerah Pontian telah diadakan pada hari ini bertempat di SMK Dato’ Ali Haji
Ahmad (SDAHA). Pelbagai aktiviti diadakan bagi menarik minat para pelajar
mempelajari subjek Sejarah. SMKDPB telah menghantar peserta bagi setiap
aktiviti yang dijalankan. Alhamdulillah, SMKDPB telah meraih kejayaan dengan
menjadi Johan Pidato Sejarah, Johan Kuiz Sejarah Menengah Atas dan Naib Johan
Kuiz Sejarah Menengah Rendah. Tahniah dan syabas diucapkan untuk para peserta
dan guru pengiring.
NAIB JOHAN KUIZ MENENGAH RENDAH
|
JOHAN KUIZ MENENGAH ATAS
|
JOHAN PIDATO
|
BARISAN PESERTA KARNIVAL SEJARAH BERSAMA GURU PENGIRING
|
Subscribe to:
Posts (Atom)