JOHAN KESELURUHAN LOMPAT TINGGI PRESTASI TINGGI PERINGKAT NEGERI JOHOR 2019
23.Mac 2019 - Pasukan lompat tali SMKDPB telah menjadi Johan Keseluruhan Lompat Tali Prestasi Tinggi peringkat negeri Johor 2019 yang berlangsung di Dewan Seri Gemilang, SMKDPB. Sebanyak 11 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan SMKDPB telah memperoleh 7 pingat Emas, 11 pingat Perak dan 8 pingat Gangsa. Tahniah kepada para peserta.
|
|
|
ICOMPEX 19- JITRA KEDAH
19-21 Mac 2019 bertempat di Dewan Wawasan Jitra Kedah telah berlangsung Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompex19) yang merupakan pertandingan dan pameran projek inovasi dan penemuan baru. Pasukan Inovasi SMKDPB telah menghantar sebanyak 7 pasukan untuk menyertainya. Sejak tahun 2014 SMKDPB telah menghantar pasukan inovasi dan pada tahun ini merupakan pasukan yang paling ramai dihantar ke iCompex.Bagi Projek Inovasi sebanyak 595 penyertaan pada tahun 2019 ini terdiri daripada pelajar politeknik, kolej komuniti, universiti awam, universiti dan kolej swasta, sekolah dan juga lain-lain institusi. Cabaran yang hebat bagi pasukan inovasi SMKDPB dalam 9 kategori yang dipertandingkan.
Taruhan pasukan inovasi SMKDPB ialah Innovation Ruler (INNORU), Pinedroplanter Project, Multifunction Stick (MFS), Portable Multifunction Kit, Multipurpose Bin, Medicated Bedbean Pillow dan Meascut.
Alhamdulillah alam pertandingan ini pasukan inovasi SMKDPB telah membawa pulang 3 Pingat Emas melalui INNORU, Pinedroplanter Project dan Multifunction Stick sementara 3 Pingat Gangsa melalui Portable Multifunction Kit, Multipurpose Bin dan Medicated Bedbean Pillow. Kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh para peserta SMKDPB amat dihargai. Sumbangan dan dorongan pihak sekolah, PIBG dan juga ibu bapa amatlah dihargai dalam memastikan kemenjadi an pelajar.
KEPUTUSAN SPM 2018 - LIPUTAN AKHBAR SINAR
Sila KLIK link di bawah untuk membaca berita berkaitan SPM 2018 SMKDPB.
PASIR GUDANG - DOA KAMI BERSAMAMU
14 Mac 2019 - Munajat Selamatkan Mangsa Pencemaran Bahan Kimia Pasir Gudang telah diadakan pada pagi ini. Semua guru dan pelajar Islam memenuhi Dewan Seri Gemilang untuk turut sama-sama membaca Yaasin, Solat Hajat dan seterusnya berdoa agar mangsa pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang tabah menempuh dugaan ini dan memohon agar bencana ini segera berakhir. Insyallah semoga doa warga SMKDPB diterima-Nya.
TOKOH NILAM BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS 2019
12 Mac 2019- Pertandingan Tokoh Nilam 2019 Daerah Pontian telah diadakan pada hari ini di PKG Bandar Pontian. SMKDPB telah menghantar Muhammad Farhan bin Anuar (BM) dan Muhammad Aliff Najmi bin Abdul Rahman. Kedua-dua orang Tokoh Nilam SDPB iaitu Muhammad Aliff Najmi (BI) dan Muhammad Farhan Anuar (BM) telah dimasyhurkan sebagai Tokoh Nilam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu Daerah Pontian Tahun 2019. Tahniah kepada para pemenang dan juga guru pembimbing Cikgu Azman bin Nong, Cikgu Sharifah Ain, Cikgu Azizah dan Cikgu Juliana
SDPB Menjuarai
JOHOR INTERNATIONAL GIRLS IN SCOUTING GATHERING 2019
9-11 Mac 2019 - Johor International Scouting In Gathering 2019 telah diadakan di Savannah Hill, Ulu Tiram, Johor. Pengakap Laut Kumpulan 14 Pontian (SMKDPB) telah menghantar 3 orang pelajar dan seorang guru pengiring. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang perkhemahan tersebut. Ketiga-tiga pelajar yang menyertai aktiviti telah berjaya meraih sijil pencapaian Emas peringkat Antarabangsa. majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh YB Tuan Hj. Mazlan bin Bujang, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastuktur dan Pengangkutan Johor.
|
|
Dalam majlis penutupan program ini juga turut diadakan majlis pelancaran buku keluaran pengakap negeri Johor yang bertajuk Tunjang Karisma: Lensa Pengakap Johor. Buku ini ditulis oleh Tn Hj Yaacob bin A. Karim, Pn Rosmah binti Abdullah dan juga En Anuar bin Salleh, Guru Cemerlang Bahasa Melayu SMKDPB yang juga merupakan Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri (Pentadbiran)
TATACARA PAKAIAN DAN MAKLUMAT BERKAITAN KEPUTUSAN SPM 2018
PEMBERITAHUAN CALON SPM 2018
PERHATIAN KEPADA SEMUA CALON SPM 2018
Keputusan Peperiksaan SPM 2018 akan dimumkan pada 14 MAC 2019 selepas pukul 11.00 pagi bertempat di Dewan Seri Gemilang, SMK Dato Penggawa Barat.
Berikut adalah Peraturan Am kekemasan diri para calon semasa mengambil slip keputusan berkenaan:
1. Pakaian Perempuan:
1.1 Pakaian yang sopan.
1.2 Digalakkan berbaju kurung.
2. Pakaian Lelaki:
2.1 Pakaian yang kemas.
2.2 Digalakkan berbaju kemeja dan seluar ‘slack’
3. Larangan (Tidak dibenarkan):
3.1 Memakai selipar.
3.2 Memakai seluar jeans.
3.3 Memakai baju/ t-shirt yang mempunyai lambang parti politik.
3.4 Memakai lain-lain pakaian yang mencolok mata.
4. Rambut lelaki dan perempuan bukan muslim.
4.1 Kemas
4.2 Pendek (lelaki)
4.3 Tidak diwarnakan.
***
semua pelajar wajib mendaftar sebagai ahli alumni sdpb dengan bayaran yuran
sebanyak RM 5 sebelum mengambil slip
keputusan
5. Peringatan tambahan.
5.1 Para pelajar yang masih belum mengambil fail peribadi diminta berjumpa kaunselor di kaunter kaunseling untuk mendapatkannya.
5.2 Para pelajar yang masih belum memulangkan buku yang dipinjam di perpustakaan diminta berbuat demikian di kaunter perpustakaan.
PROGRAM PENANDAARASAN - SMK BATU LAUT
10 Mac 2019 - Program Penandaarasan Pembudayaan Akademik antara SMK Batu Laut, Tanjung Sepat, Selangor telah berlangsung pada hari ini. Seramai 60 orang guru dari SMK Batu Laut telah sudi hadir ke SMK Dato' Penggawa Barat. Selain berkongsi pengalaman pembudayaan kecemerlangan program ini juga mengerat tali silaturahim antara guru kedua-dua buah sekolah. Terima kasih atas kunjungan.
Subscribe to:
Posts (Atom)