WORLD #QuranHour 2018


7 Jun 2018 - Dewan Seri Gemilang SMKDPB turut terlibat sebagai sebuah lokasi World #QuranHour 2018 dengan menyertai lebih 1400 lokasi lain di seluruh Malaysia dan menyertai 67 buah negara di dunia. Tahun ini merupakan tahun kedua bagi warga SMKDPB turut serta dalam program ini.


Dengan jumlah seramai 669 orang pelajar dan 101 orang guru dan kakitangan sekolah maka program ini dijalankan tepat jam 12.00 tengah hari. Uniknya program ini dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah oleh adik Muhammad Zahirul Iedlan bin Zamri (Pelajar OKU - Cerebral Palsy) dan diikuti dengan bacaan secara bahasa isyarat oleh adik Nur Fatin Fatihah binti Asri (Pelajar OKU - Pertuturan dan Pendengaran).


Program ini mendapat liputan secara fb live oleh wartawan Sinar Harian, Noor Azura Md Amin. Semoga usaha murni membudayakan bacaan Al-Quran ini menyemarakkan pembinaan insan dan jati diri muslimin dan muslimat warga SMKDPB.

#terimakasihSinarHarian
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=997790413712489&id=863064793851719








KEMPEN BERSALAMAN DAN PEMBERIAN DUIT RAYA 2018

7 JUN 2018 - Pengetua SMKDPB, En Mohd Shaphri bin Mohd Yusof telah melancarkan Kempen Bersalaman Peringkat SMKDPB pada hari ini. Tujuan kempen ini dijalankan bagi memupuk budaya dan nilai posotif dalam diri anak-anak SMKDPB. Diharapkan semua warga sekolah mengamalkannya.
Seterusnya Pengetua serta guru-guru SMKDPB memberi 'Duit Raya' kepada semua pelajar SMKDPB sebagai tanda ingatan di Aidilfitri yang akan menjelang.




MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2018

7 JUN 2018 - Majlis Khatam Al-Quran Peringkat SMKDPB telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Seri Gemilang, SMKDPB. Majlis ini merupakan rutin tahunan setiap kali Ramadan. Semoga aktiviti murni ini diteruskan lagi pada masa akan datang. Turut hadir En Mohd Shaphri bin Mohd Yusof, Pengetua SMKDPB serta barisan pentadbir.



PESERTA KHATAM AL-QURAN
 MAJLIS PERINGKAT SEKOLAH