26 Mac 2016 - SMK Dato' Penggawa Barat telah diumumkan sebagai Naib Johan Pertandingan Pencahayaan Kategori Sekolah Menengah sempena menyambut Hari Keputeraan Sultan Johor 2016. SMK Dato' Penggawa Barat yang diwakili oleh En Razlan bin Hamidon telah menerima sijil, wang tunai dan cenderamata. Hadiah disampaikan oleh YDP Majlis Daerah Pontian di Satdium Mini, Pontian. Tahniah dan syabas kepada semua warga SMKDPB.
INOVASI I-PEINX 2016
14 MAC 2016 – Pertandingan
inovasi I-PEINX 2106 telah diadakan di UTM, Skudai, Johor. Sebanyak 5 pasukan
inovasi SMKDPB telah menyertainya. Mereka diringi guru pembimbing En Zainal
Hasbullah, En Mohd Hafiz Ahmad, En Shirul Azman, En Mohd Amin, En Anuar dan Pn
Aslipah. Dengan mempertaruhkan ciptaan iaitu EZL-REMOVER, FISH FEEDER, SMART BIN, TRANSROTATION DAN
TEMPURUNG DAN ISIRONG KELAPA SAWIT SEBAGAI MEDIUM ALTERNATIF DALAM SISTEM
AKUAPONIK. Pasukan SMKDPB pulang dengan 3 pingat Perak dan 2 Gangsa. Tahniah
diucapkan.
KARNIVAL DAKWAH PENGAKAP PERINGKAT KEBANGSAAN 2016
MAJLIS GRADUASI PT3 DAN SPM 2015
LAWATAN PENANDA ARAS / STUDI BANDING SMP NEGERI 2 KARIMUN, KABUPATEN KARIMUN 2016
6 MAC 2016 - Lawatan penanda aras atau studi banding para pelajar dan guru-guru SMP Negeri 2 Karimun telah direalisasikan pada hari ini. Seramai 20 orang pelajar dan 8 orang guru menyertai lawatan ini dengan diketuai oleh Pengetua SMP Negeri 2 Karimun H.A.Roeslan Karim S.Pd. Para peserta lawatan turut memeriahkan perhimpunan rasmi SMKDPB dan turut sama dalam Majlis Pelancaran Bulan Bahasa peringkat SMKDPB. Dalam majlis ini, pelajar SMP Negeri 2 Karimun turut menyampaikan sebuah gurindam iaitu Gurindam Dua Belas.
Para pserta lawatan di bawa melawat ke perpustakaan, melawat kelas pendidikan khas serta turut mengikuti pembelajaran menggunakan medium Frog VLE. Terima kasih kerana sudi bertandang.
PERKHEMAHAN MUHIBAH NUSANTARA 2016
3-6 MAC 2016 - Perkhemahan Muhibah Nusantara antara Persekutuan Pengakap Malaysia dan Pramuka Indonesia telah diadakan di SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian, Johor, Malaysia. Perkhemahan ini yang disertai oleh 82 orang peserta terdiri daripada ahli-ahli pramuka dari SMP Negeri 2 Karimun, Indonesia, ahli-ahli pengakap SMK Dato' Penggawa Barat, SMK Taman Nusajaya, JB, SMK Benut, SMK Sri Perhentian dan SMK Pekan Nanas, Pontian.
Perkhemahan yang bertujuan mengeratkan silaturahim melalui aktiviti kepengakapan antara dua negara ini diwarnai dengan aktiviti dan pertandingan kemahiran pengakap.Para peserta juga dapat bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman melalui aktiviti kepengakapan.
Majlis penutupan rasmi disempurnakan oleh En. Mohammad Hood bin Mohamad Noh, Pegawai Pendidikan Daerah Pontian. Turut serta ialah Tn Hj Hashim bin Mohd Dom (Pengetua SMKDPB), Tn Hj Yaacob bin A.Karim ( Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor) dan En Mohd Zaki bin Azman ( Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pontian).
Subscribe to:
Posts (Atom)