23-25 Nov 2015 - Konvensyen Kajian Tindakan Sekolah Berprestasi Tinggi telah berlangsung di Institut Aminudin Baki, Genting, Highlands, Pahang. Seramai 239 peserta menghadiri konvensyen ini termasuklah En Anuar bin Salleh. Konvensyen ini bertujuan mendedahkan pelbagai teknik dan cara pendidik berhadapan dengan masalah serta mengatasinya dalam konteks pendidikan dan pembelajaran. Sebanyak 20 kajian tindakan dibentangkan manakala sebanyak 146 penyertaan kajian tindakan diterima. En Anuar telah menghantar kajian tindakan yang bertajuk 'Memartabatkan Bahasa Melayu Melalui Penulisan Karangan Menggunakan Kad PRESS Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Cemara'.
PENGUMUMAN
KEPADA PARA PELAJAR LEPASAN SPM 2014, SIJIL SPM BOLEH DIAMBIL DI PEJABAT SEKOLAH BERMULA DARI TARIKH 23 NOVEMBER 2015 (ISNIN). WAKTU PEJABAT DAN BERPAKAIAN SOPAN. TERIMA KASIH.
SENARAI NAMA PELAJAR DAN KELAS TING.2 DAN TING. 3 UNTUK TAHUN 2016
PARA PELAJAR DAN IBU BAPA PENJAGA BOLEH MUAT TURUN UNTUK MELIHAT SENARAI NAMA PELAJAR DAN KELAS TINGKATAN DUA DAN TINGKATAN TIGA BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2016. TERIMA KASIH.
Sila klik pautan di bawah:
KEM PENDIDIKAN MARIN PENGAKAP LAUT PERINGKAT KEBANGSAAN 2015
12-14 November 2015- Kem Pendidikan Maring Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 telah diadakan di Taman Laut, Pulau Payar, Pulau Langkawi, Kedah Darulaman. Seramai 8 orang peserta dari seluruh negeri Johor mewakili kontinjen Johor ke sana. Peserta SMKDPB iaitu Muhammad Luqman Hakim bin Md Anisak menjadi peserta tunggal SMKDPB dan beliau telah berjaya mendapat tempat KEDUA dalam pertandingan kuiz marin peringkat kebangsaan. Syabas dan tahniah!.
ANUGERAH RAMBU PENGAKAP MUDA - KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA
7 November 2015 - Majlis Penganugerahan Rambu Pengakap Muda peringkat Negeri Johor telah diadakan pada hari ini sempena Majlis Penutupan Perkhemahan Ujian Lencana Muda di SMK Taman Nusajaya Gelang Patah. Seramai 25 peserta dari seluruh negeri Johor terlibat dan 2 orang wakil SMKDPB yang layak menerimanya. Pelajar tersebut ialah Muhammad Ariff Helmi dan Nursyaidatul Adlin. Mereka menerima Rambu Hijau dan Sijil Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Rambu dan sijil disampaikan oleh Tn Hj Yaacob bin A.Karim, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor. Tahniah diucapkan.
PERKHEMAHAN PENGAKAP UJIAN LENCANA MAJU PERINGKAT NEGERI JOHOR.
5-7 NOVEMBER 2015 - Perkhemahan Ujian Lencana Maju Pengakap Peringkat Negeri Johor telah diadakan di SMK Taman Nusajaya, Gelang Patah, Johor. Seramai 13 orang peserta mengikuti program ini. Dalam pertandingan yang diadakan SMKDPB telah membawa pulang 2 Emas, 6 Perak dan 5 Gangsa. Pingat Emas disumbangkan oleh Ahmed Shukor bin Jalaludin dan Nurul Hazwani binti Mad Shah. Tahniah diucapkan.
LAWATAN MUHIBAH 2015
2 NOV 2015 - Lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Terencat Akal, Johor Bahru dan Rumah Orang Tua Bina Kasih, Kulai telah disertai seramai 31 orang pelajar dan diiringi oleh Cik Leng Soa Ya dan Pn Hjh Zaiton binti Hitam. Lawatan ini merupakan salah satu program pasca PT3. Objektif utama untuk merapatkan hubungan antara para pelajar dengan kanak-kanak istimewa dan warga emas. Sedikit sumbangan juga telah diberikan kepada mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)