TAHNIAH JOHAN HOKI PEREMPUAN B18 & NAIB JOHAN HOKI LELAKI B18 KEJOHANAN HOKI DAERAH PONTIAN 2014
29 April 2014 : Tahniah dan syabas kepada pasukan Hawkeyers SDPB menjuarai di atas pencapaian seperti di atas. Tahniah kerana berjaya mengekalkan tiga tahun berturut-turut menjuarai Hoki B18 perempuan peringkat daerah.
PENDAFTARAN PELAJAR BARU TINGKATAN 6 SESI 2014
Semua pelajar yang ditawarkan ke Tingkatan 6 diminta mendaftar di Sekolah Pusat Tingkatan 6 (SMK Bandar Pontian, Taman Megah, Pontain) seperti pada ketepan di bawah:
Sekian, Harap maklum.
- Tarikh : 5 Mei 2014
- Masa : 8.30 pagi
- Pakaian : Smart, Kasual/Uniform sekolah lama
- Wang Secukupnya RM85
- Dokumen yang perlu:
- Surat Tawaran
- Salinan yang disahkan:
- Kad pengenalan
- Sijil Beranak/kelahiran
- Slip SPM
- Slip SPM
- Sijil berhenti sekolah
Sekian, Harap maklum.
PERKHEMAHAN LENCANA AHLI BOT PENGAKAP LAUT 2014
24-26 April – Perkhemahan Lencana
Ahli Bot Pengakap Laut telah diadakan di
Kem Awal Marin, Rambah yang melibatkan 50 peserta dan 20 orang pemimpin. Pengakap
Kumpulan 14 Pontian telah menghantar 5
orang peserta. Perkhemahan yang julung-julung kali diadakan di negeri Johor oleh Pesekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Unit
Laut Daerah Pontian. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk melatih
ahli-ahli pengakap laut supaya dapat mengetahui keselamatan di air,
pengendalian bot dan enjin, komunikasi laut, Bosun’s call, simpulan dan sejarah
kepelautan. Pelbagai aktiviti diadakan termasuklah latihan terapung di air, water confident,
latihan menyelamat, isyarat semaphore, aliran
pasang surut air laut, kod morse, radio
amatur, dan ikatan.
Setiap aktiviti yang dijalankan terutamanya
aktiviti laut telah dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Pontian
yang menghantar dua buah bot dengan kekuatan 8 orang anggota, sementara seorang
penyelam bertauliah dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Port
Dickson juga turut membantu. Alhamdulillah semua aktiviti yang dirancang
berjalan lancar.
Majlis penutupan rasmi ini
disempurnakan oleh En Mohammad Hood bin Md Noh, Pegawai PPD Pontian. Beliau
turut menyempurnakan pemakaian lencana ahli bot kepada para peserta yang lulus.
Turut hadir Tn Hj Maskun ( Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor) dan En
Mohd Zaki bin Azman ( Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pontian).
|
|
|
|
|
|
PERTANDINGAN SAHIBBA PERINGKAT DAERAH
Tempat: SMK Telok Kerang
Keputusan: Kategori Ting 3 -Naib Johan (Nurul Najihah Bt Bakar -3Ma)
Ting 2 - Ketiga (Muhammad Nurluqman B. Azmi -2Ak)
Ting 1 - Ketiga (Nurul Mieza Farhana -1Da)
Tahniah kepada semua pemenang dan guru-guru yang membimbing.
|
|
||
|
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 4 : "GROW MODEL DAN PERANCANGAN STRATEGIK"
26 April 2014 : Seramai 86 guru telah hadir sesi LADAP 4 yang dikendalikan
PELANCARAN HARI BUKU SEDUNIA 2014
23 April 2014 : Hari Buku Sedunia adalah acara tahunan yang diraikan setiap 23 April dan telah diadakan buat pertama kalinya oleh UNESCO pada 23 April 1995. Antara objektif penganjuran acara ini adalah untuk mempromosikan pembacaan, penerbitan dan juga hak cipta terpelihara sesuatu bahan bacaan. Bersempena dengan acara ini, pelbagai sambutan telah diadakan di seluruh dunia. Di antara aktiviti yang dijalankan ialah 'Silent Reading', Bacaan NILAM, Sajak dan bengkel e-Book.
TIPS MENANGANI JENAYAH SIBER
1)Penipuan 2) Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer 3)Kecurian maklumat 4)capaian secara tidak sah keatas sistem 5)Menyalin perisian seara tidak sah 6)Pengintipan 7)Judi siber 8)Skim cepat kaya 9)Pornografi 10)Penggodan atau 'Hacker' 11)Penyebaran virus
|
|
|
|
|
|
MAJLIS GRADUASI PELAJAR CEMERLANG SPM 2013
14 April – Majlis Graduasi Pelajar Cemerlang SPM 2013 telah diadakan pada pagi ini bertempat di Dewan Seri Gemilang, SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian, Johor. Majlis ini bertujuan meraikan dan menghargai para pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah. Majlis perasmian disempurnakan oleh Tn Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang, SMKDPB. Dalam ucapan perasmiannya beliau menyeru para graduasi agar terus kekal cemerlang dan membawa nama baik sekolah ke alam pendidikan tinggi dan seterusnya ke alam pekerjaan. Seramai 122 orang graduasi telah menerima pengiktirafan ini. Dalam majlis ini juga para guru yang telah menaikkan GPS sekolah telah diberikan Anugerah Perdana dan Anugerah Emas. Sementara adik Aminnur Rusydi bin Mohd Pairus telah dipilih menerima Anugerah Khas Kokurikulum. Tahniah diucapkan.
PROGRAM JERAYAWARA BAHASA MELAYU SPM 2014
12 APRIL 2014 – Program Jerayawara
Bahasa Melayu SPM telah diadakan di Dewan Blok Intelek, SMK Dato’ Penggawa
Barat, Pontian, Johor. Program ini dikendalikan oleh Tn Hj Samat bin Buang,
Guru Cemerlang Bahasa Melayu dari Melaka. Program ini menyasarkan pelajar
tingkatan lima seramai 205 orang yang merupakan calon SPM 2014. Program ini
dimulakan pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Diharapkan
para pelajar dapat memanfaatkan ilmu dan tips yang dicurahkan serta memperoleh
kecemerlangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM. Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj
Samat yang sanggup datang ke Pontian dan menjayakan program ini.
|
|
|
|
|
|
Karnival Kokurikulum KRK Daerah Pontian 2014
Tempat: SMK Tan Sri Osman Mohd Sa'at
Masa: 8.00 pagi
Perasmi: Tn Hj. Roslan B. Marjan.
Acara yang dipertandingkan:
1) Penulisan esei BM 2) Public Speaking 3) Pelancaran Roket 4) Lukisan Inovasi
Acara yang dimenangi:
1) Public speaking - Johan-lelaki (Jonathan Chee Yan Hao)
- Naib Johan- perempuan (Shasha Arzila Tarmizi)
2) Lukisan Inovasi -Johan- lelaki (Akmal Safiuddin Aspar)
- Ketiga-perempuan(Nur Alia Syazwani)
*Johan bagi public speaking & lukisan inovasi akan ke peringkat negeri pada 30 April di SMK Simpang Renggam. Tahniah kepada semua pemenang.
|
|
|
PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS 2014
10 April – Pertandingan Drama Komsas Sekolah-sekolah Menengah Daerah
Pontian telah berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Seri Gemilang,
SMKDPB. Pertandingan yang dimulakan seawal jam 8.30 pagi turut disertai oleh 5
buah sekolah menengah iaitu SMK Ayer Baloi, SMK Teluk Kerang, SMK Dato’ Ali
Haji Ahmad, SMK Dato’ Mohd Yunus Sulaiman dan SMK Dato’ Penggawa Barat.
SMKDPB telah mementaskan Drama Gelanggang Tok Wali dengan
dibimbing oleh En Mohd Shaiful bin Norsiman. Dalam pertandingan tersebut SMKDPB
telah mendapat tempat kedua. Adik Mohd Shah Fiqri yang memegang watak Ripin telah
dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Majlis penyampaian hadiah dan
penutupan rasmi disempurnakan oleh En
Nazarali bin Ali, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pontian.
Tahniah kepada seluruh krew drama
yang bertungkus-lumus membuat latihan dan props. Terima kasih juga buat
guru-guru dan pelajar-pelajar yang bertugas menjayakan pertandingan ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
MAKLUMAN MAJLIS GRADUASI PELAJAR SPM 2013
MAJLIS GRADUASI PELAJAR CEMERLANG SPM 2013 AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:
TARIKH : 14 APRIL 2014
HARI : ISNIN
MASA : 7.00 PAGI * Para Graduasi diminta berkumpul di asrama puteri untuk mengambil jubah.
TEMPAT : DEWAN SERI GEMILANG, SMK DATO PENGGAWA BARAT.
Sehubungan itu, para graduasi diminta mematuhi ketetapan berpakaian seperti gambar di bawah dan mematuhi Peraturan Am kekemasan diri para graduasi semasa menghadiri majlis berkenaan:
TARIKH : 14 APRIL 2014
HARI : ISNIN
MASA : 7.00 PAGI * Para Graduasi diminta berkumpul di asrama puteri untuk mengambil jubah.
TEMPAT : DEWAN SERI GEMILANG, SMK DATO PENGGAWA BARAT.
Sehubungan itu, para graduasi diminta mematuhi ketetapan berpakaian seperti gambar di bawah dan mematuhi Peraturan Am kekemasan diri para graduasi semasa menghadiri majlis berkenaan:
1. Pakaian Perempuan:
1.1 Pakaian yang sopan.
1.2 Digalakkan berbaju kurung.
2. Pakaian Lelaki:
2.1 Pakaian yang kemas.
2.2 Digalakkan berbaju kemeja dan seluar ‘slack’
3. Larangan (Tidak dibenarkan):
3.1 Memakai selipar.
3.2 Memakai seluar jeans.
3.3 Memakai baju/ t-shirt yang mempunyai lambang parti politik.
3.4 Memakai lain-lain pakaian yang mencolok mata.
4. Rambut lelaki dan perempuan bukan muslim.
4.1 Kemas
4.2 Pendek (lelaki)
4.3 Tidak diwarnakan.
PERINGATAN: PARA GRADUASI DIMINTA TIBA DI SEKOLAH PADA JAM 7.00 PAGI. - (Terus ke asrama puteri untuk mengambil jubah.)
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 2
21-23 Mac 2014 – Kursus Latihan Dalam perkhidmatan 2 (LDP 2
) telah diadakan di Hotel Bayview, Melaka.
Semua guru dan staf sokongan terlibat dalam siri LADAP 2 ini. Antara
pengisiannya ialah Ceramah VLE oleh En Choo Loy Yew dari SMK Dato’ Sri Amar
Diraja, Muar, Ceramah KBAT oleh Dr. Johari bin Surif dari Fakulti Pendidikan
UTM, Johor dan Ceramah Tatatertib & Tatalaku oleh En Misnan bin Sikin dari
JPNJ. Semoga LADAP 2 ini dapat menambah
ilmu dan member manfaat kepada warga SMKDPB.
|
|
|
|
|
|
Subscribe to:
Posts (Atom)