JAMBORI PENGAKAP ANTARABANGSA MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA KALI KE-9
25 Mei - 30 Mei
2013 – Pasukan Pengakap Laut telah menyertai Jambori Antarabangsa Melaka
Bandaraya Warisan Dunia Kali Ke-9 bertempat di Kem Pengakap Bukit Katil,
Melaka. Seramai 3036 peserta dari dalam
dan luar negara menyertai jambori kali ini. Peserta-peserta luar negara terdiri
dari negara Hong Kong, Singapura dan Indonesia. Kami terdiri daripada 7 orang
pelajar dan seorang guru pembimbing. Kami tiba pada pukul 2.30 petang 25 Mei di
Kem Pengakap Bukit Katil. Selepas mendaftar di sub kem Johor, maka kami pun
mendirikan khemah. Antara tugasan yang diberikan kepada Daerah Pontian ialah
AJK Kebersihan dan AJK Bantu Mula. Kami diminta menyediakan surau untuk
kegunaan pengakap-pengakap Johor. Alhamdulillah dalam masa setengah jam kami
berjaya menyiapkannya. Malam ini kami diberi taklimat untuk persediaan
perasmian pada keesokan harinya.
Hari kedua: Pada pagi ini kami menjalani raptai untuk acara
perasmian yang dijadualkan pada pukul 11
pagi. Tepat jam 12.30 tengah hari majlis perasmian Jambori Antarabangsa disempurnakan
oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Wira Ir Hj Idris Hj Harun. Seterusnya pada
sebelah petangnya kami dibawa melawat ke Menara Taming Sari, Muzium Samudera
dan Melaka River Cruise. Pada sebelah malamnya kami menyertai kontinjen yang
lain mempersembahkan acara kebudayaan secara bergilir-gilir
Hari Ketiga: Pada pagi ini kami menyertai aktiviti XPDC
(Pengembaraan) sejauh 5 kilometer. Terdapat 2 tugasan yang perlu kami lakukan
sepanjang aktiviti ini berlangsung. Selesai sahaja XPDC maka kami pun melakukan
tugasan yang lain untuk mendapatkan cap pengesahan. Antara aktivitinya ialah
tarian, paint ball, pameran, permainan tradisional, simulator dan sebagainya.
Kami amat gembira kerana melepasi sasaran mendapatkan 8 cap. Pada sebelah
malamnya kami menyertai malam kebudayaan. . Pada malam ini juga diadakan Malam Indaba
yang disertai oleh sesiapa yang berminat.
Hari Keempat: Pada pagi ini kami menyertai aktiviti
berkayak. Satu pengalaman yang menyeronokkan. Selesai aktiviti berkayak maka
kami pun berkunjung ke setiap sub kem kontinjen negeri dan antarabangsa. Kami
bertukar-tukar cenderamata dan lencana serta berkenal-kenalan dengan setiap
peserta. Pada sebelah malamnya aktiviti kebudayaan dijalankan. Pada malam ini
juga diadakan Malam Gilwell Reunion bagi pemimpin pengakap yang mendapat manik kayu.
Hari Kelima: Aktiviti pada pagi ini ialah pertandingan di
sub kem Johor. Kami menyertai aktiviti pertolongan cemas dan permainan KIM. Sesuatu
yang menyeronokkan kerana mendapat pengalaman baharu. Pada hari ini juga kem
pengakap dikejutkan dengan keharian Tuan Yang Dipertua Negeri Melaka,
Tun Datuk Seri
Mohd Khalil Yaakob. Beliau hadir ke
tapak perkhemahan kerana cucu beliau juga turut serta melalui Kontinjen Pahang.
Selepas itu kami mengadakan persiapan untuk mengadakan Rumah Terbuka Johor pada
pukul 4.00 petang. Ramai tetamu VIP yang hadir termasuk Timbalan Pesuruhjaya
Pengakap Malaysia. Pasukan kami ditugaskan di pintu masuk untuk menyambut
tetamu VIP. Perasaan kami sungguh gembira kerana mendapat peluang
mengalu-alukan ketibaan tetamu VIP. Seterusnya malam kemuncak ialah malam
penutupan rasmi di mana kontinjen negeri Johor telah mengungguli tempat pertama
dalam persembahan kebudayaan, tempat kedua dalam pertandingan inovasi dan
tempat ketiga dalam pertandingan rintis. Hebatnya Johor.
Hari Keenam : Hari ini kami mengemas khemah serta peralatan. Seterusnya kami
memastikan setiap kawasan di sub kem Johor bersih. Kami bertolak pulang pada
pukul 10.30 pagi dan tiba di sekolah
pada pukul 2.00 petang.
Semoga bertemu
lagi di Johor International Jamboree (JIJ)
pada November ini.
Salam Pengakap!
KEM KECEMERLANGAN KIMIA KEBANGSAAN 2013.
Pada 24 hingga 26 Mei 2013, pelajar-pelajar Tingkatan 5 telah menyertai Kem Kecemerlangan Kimia Kebangsaan yang dianjurkan bersama Panitia Kimia SBPI Rawang, SM Sains Seri Puteri KL, SMAIWP, KL dan SMKDPB, Johor. Tn Hj Kahar merupakan salah seorang penceramah yang memberikan input kepada para peserta kem kecemerlangan. Kem ini dianjurkan di SBPI Rawang.
PENGUMUMAN KEPADA PELAJAR SPM DAN STPM 2012
Kepada pelajar-pelajar SPM dan STPM 2012 yang menyertai Majlis Graduasi pada 11 April yang lalu boleh menuntut gambar masing-masing. Pelajar SPM sila berjumpa Cikgu Anuar Salleh dan pelajar STPM sila berjumpa Pn Roseyatimah. Bagi pelajar-pelajar yang tidak dapat mengambilnya boleh mewakilkan kepada adik-adik atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan. Sekian untuk makluman.
TAHNIAH ENCIK SHAIRUL AZMAN!
18 Mei - En
Shairul Azman bin Bahari dari SMK Dato’ Penggawa telah menerima
anugerah Naib Johan Guru Inovatif Kategori Individu Sekolah
Menengah, Peringkat Negeri Johor 2013. Hasil inovasi beliau iaitu
Kerja Rumah Terancang Atas Talian yang boleh diakses melalui laman
web SMKDPB.
Hadiah disampaikan oleh Datuk Seri Mohamed
Khaled Nordin, Menteri Besar Johor dalam majlis sambutan Hari Guru Peringkat
Negeri Johor yang berlangsung di Pusat Islam Iskandar Johor pada 18
Mei 2013. Tahniah dan syabas diucapkan.
PERASMIAN BILIK GURU DAN STESEN KAJI CUACA
16 Mei – Perasmian Bilik Guru baharu SMKDPB disempurnakan oleh Dato’Nasir Safar,
Yang Dipertua PIBG SMKDPB. Bilik guru baharu ini dibina bagi menampung bilangan
guru-guru SMKDPB seramai 125 orang. Bilik guru yang selama ini digunakan kurang
selesa kerana sempit. Dengan adanya bilik guru baharu ini dapat memberi
keselesaan kepada guru-guru.
Seterusnya
Dato Nasir Safar juga turut merasmikan Stesen Kaji Cuaca yang letaknya
berhampiran surau. Stesen ini dibina bagi memudahkan pelajar-pelajar membuat
kajian taburan hujan di kawasan sekolah.
Stesen ini dibina hasil inisiatif Panitia Geografi.
Terima
kasih diucapkan kepada Dato’ Nasir Safar yang sudi merasmikan Bilik Guru dan
Stesen Kaji Cuaca SMKDPB walaupun hujan turun pada ketika itu.
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2013
16 Mei 2013 : Majlis Sambutan Hari Guru telah berlangsung pada hari ini dengan dimulai acara perarakkan guru ke Dewan Seri Gemilang diiringi paluan kompang dan bunga magga. Majlis diteruskan dengan ucapan wakil pelajar, ucapan YDP PIBG dan ucapan perasmian oleh Pengetua Tuan Haji Hashim bin Mohd Dom.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.
Pemeriksaan Kesihatan Rutin 2013
9 Mei 2013: Unit Perkhidmatan Kesihatan Sekolah dari Pusat Kesihatan Daerah Pontian telah mengadakan lawatan pertama pemeriksaan kesihatan rutin kepada para pelajar tingkatan 3,4 dan 5 SMK Dato' Pengawa Barat pada hari ini. Seramai 3 orang jururawat terlibat dalam program tersebut. Matlamat program ini diadakan bertujuan untuk memastikan para pelajar sekolah sentiasa berada dalam kesihatan yang baik dan dipantau. Para pelajar diberi nasihat penjaga kesihatan secara terperinci dan sistematik.
Pendaftaran Tingkatan 6, 2013
8 Mei 2013 : Seramai 120 pelajar tingkatan 6 bawah telah hadir mendaftar mulai jam 9.00 pagi. Majlis Salam Sambut pelajar-pelajar baru telah disempurnakan oleh En.Mohd.Shaphri bin Mohd.Yusof. Program pada hari ini diteruskan dengan taklimat pendaftaran yang telah dikendalikan oleh Tn.Hj.Misran bin Selamat.
English Debate Pontian District 2013
NAZIR BERKAMPUNG SEHARI DI SMK DATO' PENGGAWA BARAT 2013
3 Mei 2013 : Pada hari ini, pihak Jemaah Nazir dari Putrajaya telah berkampung di SMK Dato' Penggawa Barat. Lawatan ini merupakan pemantuan penuh yang melibatkan aspek pengurusan dan pentadbiran, kewangan, panitia mata pelajaran, dan penyeliaan pengajaran. Penyeliaan pengajaran merangkumi hampir semua subjek. Lawatan Jemaah Nasir pada kali berkaitan dengan Tawaran Baru Pengetua yang merupakan satu insentif kepada peningkatan pencapaian sekolah dari segenap aspek. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran pihak Jemaah Nazir ke sekolah. Setinggi penghargaan kepada semua jentara pengurusan sekolah yang terdiri daripada guru-guru, kakitangan sekolah, pekerja swasta dan para pelajar yang telah berusaha membuat persiapan yang terbaik dan melaksanakan dasar-dasar sekolah secara ikhlas dan komited.
Subscribe to:
Posts (Atom)