30 Oktober - Majlis Jamuan Akhir Tahun khusus untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 telah diadakan di Dewan Sri Gemilang pada pagi ini. Majlis yang dimulakan pada pukul 11.30 pagi dikelolakan oleh pelajar-pelajar sendiri. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Pengetua serta barisan pentadbir SMKDPB. Dalam ucapannya Tn Hj Hashim menasihatkan pelajar-pelajar agar memanfaatkan masa terluang sepanjang cuti sekolah ini dengan membaca buku-buku Komsas Tingkatan 4. Ini bagi memudahkan pelajar memahami pelajaran yang akan dipelajari semasa berada di Tingkatan 4 nanti. Beliau turut mendoakan kejayaan pelajar-pelajar dalam peperiksaan PMR yang lalu. Majlis dimeriahkan dengan persembahan pelajar dan cabutan nombor bertuah. majlis ini berakhir tepat jam 1.00 tengah hari.
Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M 2012)
Melalui pembacaan juga, kita boleh
mendidik diri dengan meningkatkan ilmu pengetahuan yang ada bagi
mempertingkatkan kualiti hidup, mampu berdaya saing dan bergerak maju dalam
dunia kini yang mencabar.
Program Jejak Maklumat Sempena KM1M 2012
23 Oktober 2012 : Program Jejak Maklumat adalah berbentuk pertandingan berkonsepkan ‘Treasure Hunt’ atau ‘Explorace’. Pertandingan ini adalah berasaskan pembacaan yang mencabar minda dan kreativiti setiap murid bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu yang terdapat dalam bahan bacaan. Pertandingan ini turut menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta termasuk semangat berpasukan serta kerjasama dalam kumpulan. Seramai 89 pelajar tingkatan 3 telah menyertai Program Jejak Maklumat yang telah diadakan SMKDPB sempena KM1M 2012. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kemahiran para pelajard dalam pencarian maklumat dengan menggunakan koleksi yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah khususnya dan sumber ilmu lain amnya.

Pertandingan 'Public Speaking' sempena KM1M 2012
22 Oktober 2012: Sempena Kem Membaca 1 Malaysia pertandingan 'Public Speaking' telah diadakan bagi para pelajar tingkatan 3. Seramai 8 peserta telah mengambil bahagian. Tujuan pertandingan ini diadakan selain daripada mencungkil bakat-bakat yang ada, adalah untuk menjana pelajar-pelajar SMKDPB mahir berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan penuh yakin dan berkualiti.
Bengkel Amali 'Pengurusan Jenazah'

19 Oktober 2012: Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada.
Maksud Firman Allah s.w.t :
"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh."
(Surah an-Nisaa' ayat 78)
Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati.
Maksud Firman Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."
( Surah Ali Imran ayat 185 )
Justeru, sempena Program Pendidikan Selepas PMR 2012, Bengkel Amali 'Pengurusan Jenazah' telah diadakan khusus bagi para pelajar tingkatan 3 selama satu hari. Bengkel ini bertujuan untuk memberi latihan praktikal kepada peserta agar mereka bukan sahaja tahu malah mampu untuk mengendalikan jenazah secara praktikal.
Lawatan Kerja dan Perkongsian Pintar Sekolah Tinggi Melaka (MHS) ke SMK Dato' Penggawa Barat


Sepanjang lawatan ini, kedua-dua pihak telah dapat menerima input yang berbeza yang saling menguntungkan. Justeru pihak SMK Dato' Penggawa Barat juga telah berhasrat untuk membuat lawatan balas semula ke SMK Tinggi Melaka selepas ini.
TRAGEDI KEBAKARAN
16 Oktober – Satu kebakaran telah memusnahkan rumah seorang
pelajar SMKDPB iaitu adik Muhammad Nurhidayat bin Mohd. Jun dari kelas 2
Anggerik. Rumah mangsa letaknyadi Kampung Parit Sapran, Pontian. Kebakaran tersebut berlaku pada pukul 11.45 malam ketika keluarga
berkenaan baru sahaja tidur. Kebakaran
disedari ibu mangsa yang bertindak mengejutkan seluruh ahli keluarganya untuk
menyelamatkan diri. Semua dokumen-dokumen penting turut musnah dalam kebakaran
itu. Menurut bapa mangsa kebakaran dipercayai
berlaku akibat litar pintas di bilik air. Kebakaran yang berlaku dalam masa 10
minit itu memusnahkan struktur rumah kediaman keluarga mangsa.
Walaubagaimanapun tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
Adik Muhammad Nurhidayat yang tinggal di asrama mengetahui kebakaran
yang berlaku itu pagi ini. Pengetua ( Tn Hj Hashim), Penolong Kanan HEM ( Pn
Siti Hasnah) Kaunselor ( Pn Zahriah ), Tn Hj Md Radzi serta En Anuar berkunjung
ke rumah mangsa bersama-sama mangsa untuk menziarahi keluarga mangsa. Dalam
kunjungan tersebut juga Tn Hj Hashim menyampaikan sumbangan derma PIBG serta
sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa.
Seluruh warga SMKDPB merakamkan rasa dukacita atas kejadian
yang menimpa Adik Muhammad Nurhidayat dan mendoakan agar beliau dan keluarganya
tabah menempuh ujian ini.
Tahniah, Naib Johan Kejohanan Hoki Sukan Prestasi Tinggi (SPTS) Peringkat Negeri Johor Tahun 2012
15 Oktober 2012 : Tahniah dan syabas kepada Pasukan Hawkeyers SMKDPB diatas kejayaan menghantar 10 pemain terbaik bagi meawakili daerah Pontian dan menjuarai Naib Johan Kejohanan Hoki Sukan Prestasi Tinggi (SPTS) Peringkat Negeri Johor Tahun 2012 yang telah diadakan di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru, Johor pada 30 September 2012. Pemain pasukan daerah ini terdiri daripada pelajar bawah 14 tahun.
Motivasi Khas : Kelas Perakaunan SPM 2012
9 Oktober 2012 : Motivasi Khas calon-calon SPM Kelas Perakaunan 2012 telah diadakan bagi memberi suntikan kayakinan dan kesungguhan kepada para pelajar untuk mencapai impian kegemilangan sempurna A+ dalam SPM 2012 yang akan dihadapi tidak lama lagi. Sesi ini telah dikendalikan oleh Ayahanda Pengetua dan dibantu oleh En.Mohd.Shapri Mohd Yusof selama 2 jam di bilik Wadah Informasi. Para calon sangat teruja mendengar nasihat dan kata perangsang dengan nada yang ceria dan bersemangat daripada Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Dato' Penggawa Barat.
Penilaian Menengah Rendah 2012

Buatlah yang terbaik, semoga usahamu selama ini diberkati dan mendapat keredhaan Allah swt. Jangan lupa tawakkal kepada Allah setelah selesai semuanya.
Majlis Doa Restu PMR SMKDPB 2012
Al- Fatihah buat Adik Mohd Afiff Faris bin Ahmad Seri
Subscribe to:
Posts (Atom)