Lawatan Hubungan Jaringan Pintar SM Sains Iskandar, Mersing, Johor.
18 Mei 2012 : Lawatan berpandu Hubungan Jaringan Pintar SM Sains ke SMK Dato' Penggawa Barat pada hari ini. Seramai 5 orang guru dan 4 orang pembantu makmal telah terlibat dalam lawatan tersebut bertujuan untuk membuat pertukaran pandangan bagi membuat penambahbaikkan khususnya dalam bidang sains untuk kedua-dua sekolah tersebut.
Program Sambutan Hari Guru 2012 SMK Dato' Penggawa Barart
16 Mei 2012 : Tarikh karamat bagi semua insan yang bergelar cikgu. "Selamat Hari Guru" ' bertemakan Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara' di Dewan Seri Gemilang Majlis Sambutan Hari Guru SMK Dato' Penggawa Barat telah diadakan secara gilang-gemilang.
Pada hari ini barisan semua guru SMKDPB mula berkumpul jam 7.30 pagi untuk diraikan dalam satu majlis rasmi iaitu Sambutan Hari Guru. Perarakan dengan paluan kompang mengiringi barisan tenaga pengajar ini hingga ke Dewan Seri Gemilang. Sebelum melangkah masuk silat menyambut telah dipersembahkan dengan gandingan pesilat-pesilat sekolah. Aturcara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bangsa Johor.
Dalam majlis rasmi tersebut, 2 perutusan dari Menteri Pelajaran dan Pengarah KPM telah dibacakan oleh En.Mohd Shaphri bin Mohd Yusof dan Pengetua. Dalam ucapan Tn. Pengetua walaupun ringkas tetapi cukup bermakna kepada semua warga SMKDPB di mana beliau mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua dan menyeru kepada semua agar meneruskan lagi matlamat sekolah untuk terus menuju
kegemilangan.Selesai acara rasmi di dewan semua guru diraikan dengan jamuan di Kantin, Sekolah. Cabutan nama bertuah anjuran Kelab Bilik Guru turut menyerikan lagi suasana majlis jamuan tersebut.
Selamat Hari Guru. Terima kasih cikgu.
Kilauan Emas di Kejohanan Padang & Balapan MSSJ kali ke-45 2012
13 - 15 April 2012: Tahniah kepada Mehmed Zaim Al Qayum Bin Razali (1KE) kerana memperolehi emas dalam acara 400m dan perak acara lompat jauh di Kejohanan Padang & Balapan MSSJ 2012. Kejohanan ini telah di jalankan di Stadium Majlis Perbandaran Kluang.
Atas sumbangan pingat ini, Daerah Pontian menduduki tempat ke-5 daripada 12 daerah yang bertanding. Pencapaian top 5 ini merupakan kedudukan yang tidak pernah dicapai sebelum ini.
Pelajar yang mengharumkan nama SMKDPB ke peringkat negeri ini telah membuktikan kepada semua bahawa SMKDPB bukan sahaja gemilang dari segi pencapaian akademik, tetapi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kokurikulum turut sama cemerlang.
Sebelum ini, dalam Kejohanan Padang dan Balapan Peringkat Daerah Pontian, pelajar ini telah dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Lelaki 13 Tahun dan seterusnya dinobatkan sebagai Olahragawan MSSD 2012.
Tahniah kepada semua. Semoga SMKDPB akan terus gemilang.
Skrip Ke-2 Terbaik Pertandingan "Bicara Berirama" Daerah Pontian
12 Mei 2012: Pasukan "Bicara Berirama" SMKDPB telah memberikan persembahan yang sangat sempurna sekali pada Pertandingan peringkat daerah yang julung-julung kali diadakan di Dewan SMK Ayer Baloi. Kesemua ahli pasukan ini adalah terdiri daripada pelajar sesi petang yang menggabungkan kesemua kaum melayu, cina dan india.
Pertandingan yang sengit ini menyaksikan SMKDPB berada dikelompok yang terbaik sekali untuk mencuri perhatian para hakim. Semua guru pengiring sangat berpuas hati dengan persembahan mereka. Walaupun tewas, SMKDPB telah dinobatkan sebagai pemilik skrip ke-2 terbaik daerah Pontian.
Tahniah kepada Pasukan SMKDPB dan guru-guru sesi petang yang memberikan komitmen yang sangat baik daripada peringkat latihan sehinggalah selesai acara pertandingan.
Kita bersedia untuk mencuba dengan persiapan yang rapi pada pertandingan tahun 2013. Tahniah kepada semua.
Pendaftaran Tingkatan 6 Sesi 2012/2013
8 Mei 2012 : Sehingga kini seramai 126 calon Tingkatan 6 bagi sesi 2012/2013 telah mendaftar di SMK Dato' Penggawa Barat. Walaupun pendidikan sekolah menengah kebangsaan terdiri daripada 5 tingkatan, "Tingkatan Enam" digunakan untuk menamakan program prauniversiti STPM. Kementerian Pelajaran memilih sekolah menengah yang mempunyai kebolehan untuk menawarkan Tingkatan 6.
Tingkatan 6 bertempoh setahun setengah. Tingkatan 6 itu sendiri dibahagi kepada 2 peringkat; setengah tahun yang pertama dikenali sebagai Tingkatan Enam Bawah dan tahun kedua dikenali sebagai Tingkatan Enam Atas.
Pelajar tingkatan 6 pada kebiasaannya berlainan dengan pelajar di tingkatan yang lebih rendah, seperti memakai uniform yang berbeza dengan pelajar lain, diberi jawatan yang tinggi dalam aktiviti kokurikulum dalam persatuan dan terdapat juga pelajar di sekolah tertentu menghadiri perhimpunan dan mempunyai tempoh rehat yang berlainan dengan sekolah lain.
Calon STPM menduduki maksimum 5 mata pelajaran. Kertas peperiksaan bagi mata pelajaran sains dan matematik seperti Mathematics S, Mathematics T, Further Mathematics T, Perkomputeran (Computering), Fizik (Physics), Kimia (Chemistry) dan Biologi (Biology) ditawarkan dalam dwibahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sehingga 2007 di mana kertas peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut ditawarkan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Bagi mata pelajaran yang lain, kertas peperiksaan masih disediakan dalam bahasa Melayu atau bahasa masing-masing.
Bagi peperiksaan STPM, pengambilan sebarang kombinasi mata pelajaran adalah dibenarkan iaitu pengambilan apa-apa mata pelajaran adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelajar yang memohon universiti tempatan diwajibkan mengambil Pengajian Am. Kebanyakan sekolah atau kolej menawarkan kombinasi mata pelajaran berdasarkan aliran sains atau kemanusiaan.
Senarai mata pelajaran yang ditawarkan:
900 Pengajian Am
910 Bahasa Melayu
920 Literature in English (Sastera Bahasa Inggeris)
922 Kesusasteraan Melayu
940 Sejarah
942 Geografi
944 Ekonomi
946 Pengajian Perniagaan
948 Perakaunan
950 Mathematics S
954 Mathematics T
956 Further Mathematics T
960 Physics (Fizik)
962 Chemistry (Kimia)
964 Biology (Biologi])
970 Seni Visual
Lagu Tema Hari Guru 2012
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Lagu: En. Rosman bin Adam
Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof
(IPGM Kampus Ilmu Khas)
Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif
c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta
Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan
ulang c/o x2
8 Mei 2012 : Seramai 227 pelajar tingkatan 5 SMK Dato' Penggawa Barat, telah memulakan Peperiksaan Pertengahan Tahun mulai hari ini yang akan berakhir pada 25 Mei 2012. Buat pertama kali, Peperiksaan Pertengahan Tahun telah diadakan menggunakan Dewan Terbuka, Blok Intelek. Tujuan ianya diadakan menggunakan konsep dewan terbuka ialah supaya pelajar dapat merasai suasana peperiksaan sebenar seperti yang diadakan dalam peperiksaan awam. Semakan Keputusan Peperiksaan boleh dibuat Secara Online melalui SAPS. Ibu bapa, murid-murid serta pelajar-pelajar sekolah kini kemudahan SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah telah menyediakan kemudahan untuk semak keputusan peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun, ujian penilaian dan peperiksaan percubaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Sila klik disini.
PENDAFTARAN TINGKATAN 6 BAWAH 2012
Tarikh : 8 Mei 2012 (SELASA)
Tempat : Dewan Sri Gemilang, SMK Dato’Penggawa Barat
Masa : 8.00 pagi
Masa : 8.00 pagi
Bil
|
Perkara
/ Isu
|
Keterangan/ Tindakan
|
1
|
Pendaftaran
6 Bawah
|
8
Mei 2012 (Selasa) - 8.00 pagi
|
Hebahan
maklumat :
Mesej
1- T6<jarak>KP<jarak>NOKP
hantar ke 15888
Contoh
- T6 KP 880402015068
Mesej
2-
T6<jarak>AG<jarak>AGILIRAN hantar ke 15888
Contoh
- T6 AG JD017A145
|
||
2
|
Pakaian
Pelajar
|
§ Hari pertama- pakaian kemeja
kemas, berkasut- diterima
§ pakaian jenis “jeans” – tidak dibenarkan
§ Hari berikutnya- pakaian
orientasi
|
3
|
Tawaran
T6 :
24 000 calon
|
Kemanusiaan
– 18000
Sains - 6000
A
Agama - 290
|
4
|
Makluman
Awal
(26
Mei)
|
§ Pelajar boleh buat persediaan
awal- isu bekerja dll
§ Membuat pilihan teruskan bekerja/
PLKN / dll
|
5
|
Syarat asas BM untuk Tawaran T6
|
§ Kepujian BM peringkat SPM
§ Tidak kepujian BM- duduki
kertas Julai- Keputusan pada September.
§ Calon “Julai paper” akan
ditawarkan T6 Bawah pada Sesi Mei 2013
|
6
|
Pelajar
PLKN
|
§ Pelajar yang terima tawaran
T6 - perlu tangguh PLKN
§ Lengkapkan borang
penangguhan sendiri yang ditandatangani penjaga masing-masing (bukan pihak
sekolah)
§ Jika calon memilihi PLKN tawaran T6 akan
ditangguh ke Penggal 1 tahun berikutnya (Mei 2013)
§ Pernyataan bertulis dari
JLKN tentang penangguhan
§ PLKN boleh ditangguh
sehingga usia 35 tahun
§ Pelajar daftar T6, pada masa
yang sama ke PLKN, maka calon ini- jangan terima pendaftarannya (dibatalkan)
|
7
|
Rayuan
ke T6
(Calon
tidak layak)
|
§ Rayuan dibuka 8
MEI 2012 , borang di “upload”
§ Tarikh tutup 16 JUN 2012
§ Borang warna kuning
|
8
|
Penggunaan
warna borang
|
§ Rayuan calon Sk
kerajaan - kuning
§ Rayuan Calon swasta/
mengulang - biru
§ Tukar Jurusan - hijau
§ Pelajar bukan warga negara - pink
§ Borang Rayuan Umum - oren
|
9
|
Pertukaran
Pelajar
|
§ Negeri ke negeri – contoh
Pelajar Pahang ikut keluarga berpindah ke Johor
ü Penjaga/
Pelajar terus ke JPNJ atau
ü Jika
pelajar terus ke sekolah - terima, ambil
borang dan laporan JPNJ
§ Tukar luar daerah – contoh
Pontian ke JB (dibenarkan)
ü Jika
sebab i/bapa berpindah
ü Masalah
keluarga- mesti ada surat kebenaran daripada ibu dan bapa yang membenarkan
pelajar duduk/tinggal di rumah penjaga
ü Memberi
alasan
§ Tukar dalam daerah- rujuk
PPD
|
10
|
Pelajar
Matrikulasi
Mohon
ke T6
|
§ Diterima dengan syarat :
ü Tunjuk
surat penolakan matrikulasi
ü Ditempatkan
di sekolah berhampiran alamat
ü Tawaran aliran Sains
§ PKT6 rujukkan calon kategori ini kepada kaunselor sekolah untuk motivasi
|
11
|
Pertukaran
Pelajar Sek. Aliran Agama/ Teknik mohon ke sekolah harian biasa
|
§ Diterima dengan syarat :
ü Calon
terlebih dahulu mohon kebenaran dan mendapat pelepasan daripada Unit Pengurusan Sekolah (Agama Islam)/ Bhg
Teknik
|
12
|
Pertukaran-
ikut orang berpengaruh
|
§ Perpanjangkan surat ke JPNJ
|
13
|
Bertukar
Jurusan
|
§ Lengkapkan borang Hijau
ü Sertakan
slip keputusan SPM
ü Isi
inventori minat-kerjaya
§ Inventori minat-kerjaya
ditadbir kaunselor
§ Hantar keputusan sahaja-
borang tidak perlu disertakan
§ Beri motivasi sebelum
permohonan
ü Dasar 60:40
ü Kuota masuk universiti lebih
memihak calon sains
§ Tarikh
tutup : 23 JUN 2012
§ Borang dihantar ke JPN
melalui PPD pada 24 JUN 2012
§ Proses permohonan- 2 minggu
§ keputusan
dikeluarkan pada 23 JULAI 2012
§ Calon tidak dibenarkan
bertukar kelas sebelum keluar keputusan/kelulusan rasmi dari JPNJ
§ Pelajar yang berjaya dan yang gagal bertukar
jurusan –bawa berjumpa kaunselor (dimotivasikan)
§ Pelajar yang bercadang tukar
jurusan perlu diingatkan:
ü Tentang Sis. Pentaksiran
Baharu STPM
ü Peperiksaan pada akhir penggal – November
ü Daya ingatan terhadap topik
P&P masih kukuh
|
14
|
Data
– Borang KPT6
(Unit
Data T6)
|
§ Hantaran data menerusi
Smart6
ü Pertama- 10 Mei
ü Ambil
maklumat pendaftaran pada minggu pertama 8,9,10 hb – data untuk keperluan
Parlimen
|
15
|
Calon
SPM 2011- (dapat tawaran T6 tidak daftar- masuk kolej – 2012 berhasrat masuk
6B sesi Mei.
|
§ Isi borang Rayuan Umum
(Oren)
ü Kolej
matrikulasi
ü Kolej
swasta
|
16
|
Pelajar
dari luar negara
(w/negara
Malaysia ikut i/bapa dan bersekolah di luar negara)
|
§ Syarat umum- ada SPM
§ Keluarkan surat dari (kedutaan/
dll institusi) yang mengesahkan sijil yang mereka gunakan untuk permohonan T6
adalah setara/ setaraf dengan SPM
|
17
|
Pelajar
lewat daftar
|
§ Terima daftar 8,9 hb Mei
§ Selepas tarikh tersebut-
minta rujuk ke PPD
§ Minggu pertama –masih
diterima, selepas itu tawaran terbatal
|
18
|
Orientasi
Pelajar Baru T6
|
§ Digerakkan oleh MPPPU
§ Kaunselor sekolah – mengisi
slot yang ditetapkan
§ Dijalankan dalam masa 2
minggu
ü Minggu
i- pengisian (biasa)
ü Minggu
ii- Sistem Pentaksiran STPM Baharu
§ Semua pelajar mesti melalui
orientasi
§ Jadual orientasi – selaras
seluruh Johor
§ Taklimat pengetua dan PKT6 –
umum
§ Takimat subjek (P. Am dll.)
§ Pengenalan
ü Pelajar
baru dan senior
ü Sesama
pelajar baru
ü Pelajar
baru dan semua guru di sekolah
|
19
|
Kursus
Giat Mara
|
§ Minta surat pengesahan
tentang kursus daripada Pentadbiran/ Pengarah
§ SKM1 boleh sambung ke SKM 2
lepas STPM
|
20
|
Kaunselor
Sekolah
|
§ Bidang tugas- kaunselor
pelajar (tiada dinyatakan hanya untuk Tg. 1-5 sahaja)
§ Kaunselor T6 belum
diwujudkan
§ Ratio penempatan kaunselor
di sekolah 500 pelajar = 1
kaunselor (termasuk pelajar T6)
|
21
|
Pelajar
Mengulang
(Sistem
Terminal) kohot terakhir
|
§ Yang layak mengulang
ü 1P
1S
ü 1P
2S
|
23
|
Biasiswa
|
§ Merujuk statement gaji
penjaga
§ Sains RM 110 dan Kemanusiaan
RM 90 sebulan
|
25
|
Maklumat
Smart6
|
§ Password -
sekolaht6
§ Kata laluan – smkt6
§ Guru data T6- kemaskini
maklumat Smart6, keutamaan menu berwarna
merah
ü Maklumat sekolah
ü Subjek elektif
ü Waran guru- telah lantik/
belum lantik
§ Eksport & import data
apabila diminta PPD
|
26
|
Perkara/
hal lain-lain
|
§ MPPKT6 salah satu persatuan/
majlis yang diiktiraf di peringkat JPNJ
ü MPQL (Kepengetuaan)
ü M4P (Menengah)
ü M4P (Rendah)
ü Majlis Guru Sarjana
ü Majlis Guru Cemerlang
ü MPPKT6
§ Perancangan Takwim T6 (2012)
ü Karnival T6 Negeri – Julai
2012 disertakan dengan perkhemahan Unit Beruniform T6- tempat sedang dikenal
pasti
ü Kolokium Pelajar – jangkaan
– September 2012
ü Kolokium Guru – jangkaan
November
|
27
|
MPPKT6
|
§ MPPKT6 pelajar
baru 2012 menyumbang kepada MPPPU RM 30.00 untuk aktiviti :
ü RM 5 – salurkan ke daerah
(PPD)
ü RM 25 – untuk kegiatan pelajar
T6 di sekolah
|
Subscribe to:
Posts (Atom)