PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor, JEMPUTAN "MAJLIS JEJAK KASIH BEKAS PELAJAR TN.HJ HASHIM BIN MOHD DOM PADA 19HB OGOS 2017, JAM 2.00 PETANG
HUBUNGI :ISMAIL BIN HJ AHMAD : 0137257475 SEBARANG SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN MELALUI AKAUN MAYBANK (151025740046-ISMAIL BIN JH AHMAD)

PORTAL PSS

e-buku atau buku elektronik adalah sejenis medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data elektronik sebagai buku yang mengandungi pelbagai maklumat. E-buku ini terdapat dalam bentuk berbayar dan juga dalam bentuk percuma. Kebanyakan e-buku ini didatangi dalam bentuk fail .pdf atau seumpamanya untuk kemudahan setiap individu untuk membacanya di komputer atau peranti khas.
E-buku boleh dikategorikan seperti buku teks. Ia merangkumi bidang pendidikanteknologiagamapolitikalam sekitarkehidupanmasakan dan sebagainya. Penggunaan e-buku akan menjadi salah satu media pembelajaran pada masa kini dan masa akan datang kelak. Terdapat banyak organisasi atau individu yang menulis atau mengalihkan sumber cetakan mereka kepada e-buku untuk memudahkan pembaca dan pemasaran secara terus di internet.

Industri buku digital telah wujud secara kecil-kecilan sejak 90-an lagi, namun industri ini pada awalnya merupakan jualan petua-petua kejayaan dalam bentuk fail PDF daripada laman sesawang. Industri e-buku berstruktur hanya wujud di Malaysia empat tahun setelah revolusi e-buku bermula di Amerika Syarikat sempena perkenalan peranti Kindle oleh Amazon pada November 2007.