PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor,
TAHNIAH KEPADA EN.MOHD SHAPHRI BIN MOHD YUSOF
DIATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGETUA SMK DATO PENGGAWA BARAT

PIBG



MESYUARAT PIBG KALI PERTAMA 2013

Tarikh : 4 Feb 2013 
Masa  :  9.00 malam

Agenda :

  1. Mesyuarat Agung PIBG Bulan Mac 2013.
  2. Program Pembanguanan Sekolah.
  3. Meluluskan anggaran kos pembanguanan/ penyelenggaraan sekolah.
Barisan AJK PIBG 2012/2013

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK DATO’ PENGGAWA BARAT, PONTIAN, JOHOR 
SESI  2012 -2013.



Bil.
Nama dan  No. Kad Pengenalan

Jawatan /  Pekerjaan


Alamat

No. Telefon

TUAN HJ. MASDUKI BIN SAHARI
[ Penaung ]


Pegawai Pelajaran Pontian

Pejabat Pelajaran Pontian

07-6971677
1.
TN. HJ. HASHIM BIN MOHD DOM
Kp: 570820-01-7081

Ex-Officio
Pengetua
PTD 6542, Jln. Pt. Panjang, Ayer Baloi, Pontian

013-7715590
2.
EN. MOHD SHAPHRI   MOHD YUSOF
Kp: 630714-10-5821

Tim. Ex.-officio
GPK Pentadbiran
No. 33, Jalan Megah 19,     Taman Megah, Pontian

013-7917189
3.
YG.BHG.DATUK NASIR BIN SAFAR
DMSM, PPN, PIS, JC
Kp: 490426-01-5387

Yang Di Pertua
Timbalan Ketua UMNO
Kawasan Tanjung Piai
No. 125. Jln. Pulai Perdana 8/3, Tmn. Pulai Perdana, Skudai, Johor.Bharu.

012-3100649
07-3336734
4.
EN. MOHD OMAR BIN HAMSHATON
Kp:  610109-01-5723

Naib Yang Di Pertua
Pegawai Korporat
 TEN ,Johor Bharu.
No.32, Jalan Megah 4, Taman Megah,  Pontian

019-7230283
5.
TN. HJ. MD RAZI BIN HJ. MD JIDI , PIS
Kp: 561127-01-5083


Setiausaha
Guru Akademik Tingkatan 6
No. 1, Lorong. Md Razi,
Jln. Kayu Ara Pasong
Pontian

017-7123033
07-6951303
6.
TN. HJ. AZAHAR BIN AHMAD
Kp: 621211-01-5819

Bendahari
Guru Akademik Tingkatan 6
No.78, Jalan Murni 4,
 Tmn. Sungai Murni 4
 Benut.

012-7301941
7.
EN. MOHD RASHID BIN HJ. MASTAM
Kp: 670320-01-5221

AJK Ibu bapa
Human Resourses Eksekutif
 41, Pt. Hj. Abd. Rahman, Kayu Ara Pasong, Pontian

017-8257952
8.
EN. AHMAD RAHIM BIN SENAWI
Kp:  611001-01-5443

AJK Ibu bapa
Pegawai Hal Ehwal Lembaga Pertubuhan Peladang, J.Bharu

No. 87, Taman Sri Makmur
82000 Pontian


O19-7044950
9.
TN. HJ. ABD. RAHMAN HJ. SAHUDA
Kp: 511023-01-5665
AJK  Ibu bapa
Pesara Guru
No. 28, Lot. 93, Kg. Sg. Bunyi\, Batu 35, Pontian.
012-8369091
07-6878761

10.
EN. LIM KOK CHEONG
Kp: 650702-01-5579
AJK  Ibu bapa
Guru
88, Jalan Kota Emas 9,
Taman Kota Emas
82000 Pontian.


013-7257378
11.
TN. HJ. IBRAHIM BIN MD.TAHIR
Kp:  650803-01-5869
AJK Ibu bapa
Pen. Pengarah Kajian Kemasyarakat  Men. JPNJ.
     No. 47, Serkat Darat
82010 Pontian.
d/a  Jabatan Pelajaran Johor
Jalan Tun Abd.Razak
Johor Bharu.

013-7772122
12.
EN.NAZA MOHAR BIN DATUK PENGIRAN GHAZALI
Kp: 671023-01-5131
AJK Ibu bapa
Eksekutif Hartanah
Gerbang Nusajaya
Kempas, Johor Bharu.
N0. 150, Jalan
Cahaya 15,  Taman Cahaya
82000 Pontian.

019-7415186


13
PN. FAIZAHTON BINTI KASIRON
KP : 670417-01-6220

AJK Ibu bapa
                  Guru

No. 14, Taman Maju,
Jalan Sungai Gurap
82000 Pontian.


017-7984893
14

.
PN. SAAIDAH BINTI SALLEH
Kp: 710531-01-5874

AJK Ibu bapa
Suri rumah

SH 20 A, Jalan Besar
81500 Pekan Nanas, Pontian

013-7884422






15.



PN. ZARINA BTE MOHD. BAIN
Kp:  711121-01-6238


AJK Ibu bapa
Suri rumah

No. 1, Jalan Sentosa 1
Taman Sentosa, Pekan Nanas,  Pontian


019-7651245


16.
TN. HJ. MISRAN BIN SELAMAT
Kp; 611207-01-6177

AJK Guru
GPK Tingkatan 6
Lot. 388. Kampung.Asam
  Kumbang, Laut , Benut,
Pontian
012-7961432
07-6901741
17.
PN. SITI HASNAH BINTI HJ. BAHARI
Kp: 611021-01-6080
AJK  Guru
GPK HEM
No. 3, Lrg. Usahasama
Jln. Pt Semerah, Pontian

012-7722871
07-6875527

18.
TN. HJ. SAHADUN BIN HJ. KIMIN
Kp;  551220-01-5943

AJK Guru
GPK Kokurikulum
No. 3, Taman Rambah,
Jalan Kukup, Pontian.

017-7516750

19.
EN. ARIFFIN BIN BAJURI
Kp:  671110-01-5201

AJK  Guru
GPK Petang
No. 3989  Taman Berkat,
Pontian Besar Kiri, Pontian

012-7624944
20
PN. HJH. HAMIDAH  HJ. ABDULLAH
Kp : 621203-01-6072

AJK  Guru
Guru Akademik Tingkatan 6
No.8, Lorong Makmur
Pontian Besar,  Pontian
012-7668714
07-6876303
21.
EN. SAPUAN BIN JAMJURI
Kp: 630723-01-6185


Juruaudit 1 

No. 27, Parit Patah,
Pontian
017-7639731
07-6878650

22.
EN. MOHD FAISAL BIN EMBOK MOHD.
Kp: 715929-71-5929


Juruaudit 11
Pegawai Keselamatan
No. 32, Jalan Cahaya 2,
Taman Cahaya, Parit Masjid, 82000 Pontian


013-7275058

23.
asp tn.hj.abd.kadir hj. mansor
Pegawai
 Perhubungan Polis  1

Ibu Pejabat Polis Pontian

012-3573388
07-6871222

24.
sm bohari bin wagiman

Pegawai
 Perhubungan Polis 2

Ibu Pejabat Polis Pontian

013-7785202
07-6871222

25.

EN. RAHMAT BIN SARBANI

Kunselor Cemerlang
[ sesi pagi ]
Lot. 932, Jalan  Kg. Dalam
Ayer Baloi
 Pontian


013-7507103
26.


PN. ZAHRIAH BINTI ABUTALIB

Kunselor
[ sesi pagi ]
No. 17, Jln. Seri Semerah 2
Taman Seri Semerah
82000 Pontian


019-7126300
28.


PN. HJH. ZAITON BINTI HITAM
Kunselor
[ sesi petang ]
Lot. 8809, Lrg. Bestari,
 Kg. Sungai Bunyi
82000 Pontian

019-7580528



LAPORAN AKTIVITI PIBG
SESI  2012 / 2013


1.   BIRO AKADEMIK  &  KEBAJIKAN

Pengerusi      :   En. Mohd Omar bin Hamshaton .
Setiausaha    :    Pn. Hjh. Hamidah binti Hj. Abdullah 

J / kuasa      :    En. Mohd Shaphri bin Mohd Yusof  
                           En. Ariffin bin Bajuri
                           En. Lim Kok Cheong
                           Tuan Hj. Abd. Rahman bin Hj. Suhada
                           En. Mohd Faisal bin Embok Mohd
                           Semua guru penyelaras  STPM / SPM / PMR
                           Semua guru penyelaras peperiksaan .                          



Laporan Kegiatan  :


BIL.
BUTIRAN

1.
Membiayai anugerah pelajar cemerlang PMR [ APC PMR 2012 ]
2.
Menyediakan banting, ‘ Selamat Kembali ke sekolah’, Hari Terbuka, Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru Cina dan Hari Kebangsaan tahun 2012 .
3.
Membiayai anugerah pelajar cemerlang SPM  [  APC  SPM 2012  ]
4.
Membiayai anugerah pelajar cemerlang STPM [ APC 2012 ]
5.
Membiayai Program Teknik Menjawab Soalan PMR / SPM  2012
6.
Membiayai Program Motivasi / ceramah keibubapaan.
7.
Membiayai Program Teknik Menjawab Soalan MUET / STPM  2012 .
8.
Membiayai kos modul pengukuhan mata pelajaran PMR / SPM / STPM Tahun 2012
9.
Sumbangan kepada pelajar miskin sempena Aidilfitri dan Jamuan Hari Raya.
10.
Sumbangan hadiah / cenderamata AJK PIBG, guru dan kakitangan sekolah yang bertukar sekolah dan kenaikan pangkat.
11.
Membiayai / bantuan kewangan untuk bahan Habis Guna ICT.
12.
Sumbangan – bayaran yuran penyertaan seminar pelajar.
13.
Menyertai Skim Khairat Kematian  di kalangan ibu bapa, guru dan pelajar.







2.   BIRO  EKONOMI & PEMBANGUNAN


Pengerusi      :   En. Mohd  Rashid bin Hj. Mastam
Setiausaha    :   Tuan Hj. Misran bin Selamat
                            

J / kuasa      :    En. Naza Mohar bin Datuk Pengiran Ghazali
                           En. Ahmad Rahim bin Senawi
                           Pn. Zarina binti Bain
                           En. Sapuan bin Jamjuri
                           Pn. Saaidah binti Salleh
                           Tuan Hj. Md Razi bin Hj. Md Jidi
                           Tuan Hj. Azahar bin Ahmad
                           


Laporan Kegiatan  :

BIL.
BUTIRAN

1.
Membiayai kos mengecat dinding, pagar dan keceriaan kelas.
2.
Membiayai pemasangan 6 kipas dan /wiring di perpustakaan umum / perdana.
3.
Membiayai kos membina laluan dan tapak bendera [ berjubin ] di hadapan dewan utama.
4.
Membaikpulih pentas tapak perhimpunan sesi petang dan PRA-U.
5.
Membiayai pembelian 2 unit kerusi batu  [  12 kerusi ]
6.
Membiayai kos pemasangan intercom antara bilik / blok pentadbiran sekolah.
7.
Membiayai kos pemasangan papan maklumat di Blok Intelek  dan Blok E.
8.
Membiayai kos memasang bumbung tambahan di belakang Dewan Sri Gemilang.
9.
Membiayai sebahagian kos pembelian 250 helai jubah konvokasi daripada KUTTHO
10.
Membiayai pemasangan sinki Bilik Guru 2  [  Pra-universiti ]
11.
Membiayai pembelian laptop dan gril tingkap [ keselamatan ] unit disiplin
12.
Membiayai kos servis dan pemindahan lokasi kompresor pendingin hawa bilik guru
13.
Sumbangan khas – sebuah laptop untuk unit peperiksaan oleh AJK PIBG [ En. Saipolyazan bin Mat Yusop ].
14.
Sumbangan khas kewangan oleh YDP, AJK PIBG serta individu [ perorangan ].

15.

Sumbangan khas ibu bapa – Hari Terbuka sekolah, mesyuarat agung dan tabung PIBG.







3.   BIRO  BINA INSAN DAN  MORAL

Pengerusi      :   Tuan Hj. Ibrahim bin Md Tahir
Setiausaha    :   Tuan Hj. Sahadun bin Hj. Kimin
                            

J / kuasa      :    Pn. Siti Hasnah binti Hj. Bahari
                           Pn. Faizahton binti Kasiron
                           En. Rahmat bin Sarbani
                           Pn. Hjh. Zaiton binti Hitam
                           Pn. Zahriah binti Abu Talib
                           Ustaz Wan Mohd Yusli bin Wan Ibrahim


Laporan Kegiatan  :

BIL.
BUTIRAN

1.
Sumbangan hadiah kecemerlangan sukan 2012
2.
Sumbangan lawatan sambil belajar pelajar Seni Visual ke USM
3.
Sumbangan Program Motivasi Kepimpinan Pengawas  2012.
4.
Sumbangan wang saku –pelajar mewakili sekolah ke pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan tahun 2012.
5.
Sumbangan sambutan Hari Guru peringkat sekolah dan daerah serta sambutan Maulidur Rasul.
6.
Program bina Insan dan Gagasan 1 Malaysia, YDP PIBG bersama calon SPM dan STPM  2012.
7.
Sumbangan program kursus Unit Jabatan Pertahanan Awam Pra-U  & Program Akhir Tahun.
8.
Sumbangan iklan Majlis Sambutan Hari Guru peringkat daerah Pontian
9.
Sumbangan kepada Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah Menengah Daerah Pontian
10.
Program Solat Hari Perdana Tahun 2012.
11.
Program Solat Khas bersama ibu bapa calon PMR / SPM / STPM  pada saat akhir menjelang peperiksaan.
12.
Program rutin mingguan –motivasi / tazkirah / bacaan surah yasin / solat hajat pada setiap hari Jumaat  [ pelajar Muslim ]
13.
Program rutin mingguan- motivasi dan ceramah sivik oleh kaunselor / guru [ pelajar bukan Muslim ]





PERLEMBAGAAN PIBG


TUJUAN-TUJUAN PERSATUAN      

          

  1. untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;
  2. untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;
  3. untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;
  4. untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan
  5. untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran

FUNGSI PERSATUAN

Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti:
  1. membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
  2. menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah;
  3. meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;
  4. meningkatkan kecerian premis Sekolah supya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan

KEANGGOTAAN PERSATUAN

Anggota Persatuan terdiri daripada:
  1. semua guru di Sekolah;
  2. ibu bapa kepada murid yang belajar dalam Sekolah; dan
  3. warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan (seperti di Lampiran A); dan
  4. Guru Besar atau Pengetua Sekolah hendaklah menjadi ex-officio dan Penasihat Persatuan.

JAWATANKUASA PERSATUAN

Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai "Jawatankuasa PIBG". Jawatankuasa PIBG hendaklah dilantik oleh anggota Persatuan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan.

Anggota Jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja.

Keanggotaan Jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut:
  1. seorang Yang Di-Pertua;
  2. seorang Naib Yang Di-Pertua;
  3. seorang Setiausaha;
  4. seorang Bendahari; dan
  5. ..... orang Ahli Jawatankuasa
Bilangan ibu bapa dan guru yang menganggotai Jawatankuasa PIBG hendaklah, seboleh-bolehnya, seimbang.
Guru Besar atau Pengetua tidak boleh menganggotai Jawatankuasa PIBG dan hanya bertindak sebagai Penasihat Persatuan.
Bilangan Ahli Jawatankuasa PIBG di perenggan 9(e) hendaklah antara 1 hingga 11 orang.
Bilangan anggota Jawatankuasa PIBG di kalangan anggota Persatuan (bukan anggota guru di sekolah tersebut) yang tidak mempunyai anak di sekolah itu hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada keseluruhan bilangan anggota Jawatankuasa PIBG berkenaan.

Tertakluk kepada perenggan 13 Perlembagaan ini dan subperaturan 6(4) hingga (6) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa - Guru) 1998, Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian (mengikut mana yang berkenaan) boleh melantik tidak lebih daripada 2 orang yang bukan anggota Persatuan untuk menjadi anggota Jawatankuasa PIBG setelah mendapat kelulusan bertulis Pendaftar.

Tempoh memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG adalah bermula dari tarikh pelantikan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya atau sehingga suatu tempoh yang diluluskan oleh pendaftar.

Jika berlaku kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa PIBG, Yang Di Pertua hendaklah melantik mana-mana anggota biasa Persatuan, berdasarkan undian terbanyak di kalangan anggota Jawatankuasa PIBG, untuk mengisi kekosongan jawatan itu.

Jawatankuasa PIBG hendaklah mengedarkan kepada anggota Persatuan senarai nama dan alamat pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG pada setiap tahun selewat-lewatnya 14 hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.



FUNGSI JAWATANKUASA

Fungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur kegiatan Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan, tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan, Perlembagaan ini dan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

a) Yang Di-Pertua
  • Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat.
  • Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan.
  • Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran Persatuan serta memastikan bahawa peruntukan Perlembagaan dipatuhi oleh semua anggota Persatuan.
  • Sentiasa mematuhi segala peruntukan Perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai Yang Di-Pertua.
  • Boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG pada bila-bila masa yang difikirkan perlu dengan persetujuan Guru Besar atau Pengetua.
  • Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan.
  • Memastikan segala aktiviti dan program Persatuan dilaksanakan dengan sempurna dan teratur.
  • Mendapatkan nasihat mengenai pengurusan Persatuan dari semasa ke semasa daripada Guru Besar atau Pengetua selaku Penasihat Persatuan.

b) Naib Yang Di-Pertua
  • Bertanggungjawab membantu Yang Di-Pertua dalam menjalankan fungsi-fungsi Yang Di-Pertua.
  • Menjalankan tanggungjawab dan fungsi Yang Di-Pertua semasa ketiadaan Yang Di-Pertua .

c) Setiausaha
  • Menjalankan urusan Persatuan mengikut Perlembagaan Persatuan.
  • Melaksanakan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Tahunan dan mesyuarat Jawatankuasa PIBG.
  • Mencatat, menyedia dan menyimpan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan.
  • Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.
  • Menghantar segala laporan dan aktiviti Persatuan dan minit Mesyuarat Agung Tahunan kepada Pendaftar atau Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, selepas Mesyuarat Agung Tahunan.
  • Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan, jika perlu.

d) Bendahari

  • Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan Persatuan dengan menyediakan dan menyimpan kira- kira kewangan yang kemas kini. Penyata kira-kira kewangan (1 Januari hingga 31 Disember) hendaklah disiapkan sebelum 1 Februari tahun berikutnya untuk diaudit. Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan. Satu salinan penyata yang telah diaudit dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar selepas Mesyuarat berkenaan.
  • Menguruskan perbelanjaan wang Persatuan seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan atau mesyuarat Jawatankuasa PIBG.
  • Menyimpan wang tunai tidak melebihi sesuatu jumlah yang ditetapkan dalam Perlembagaan pada sesuatu masa.
  • Menerima bagi pihak Persatuan semua derma atau sumbangan daripada mana-mana anggota atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akaun terima dan kreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari yang sama.
  • Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan.
  • Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dari akaun Persatuan dan akaun sentiasa berbaki kredit.

Penasihat Persatuan

a) Guru Besar atau Pengetua Sekolah adalah anggota ex-officio Persatuan dan bertindak sebagai penasihat kepada Jawatankuasa PIBG dan Persatuan.
Antara tanggungjawab dan fungsi Guru Besar atau Pengetua adalah seperti berikut;

  • menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG, Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar, tetapi tidak boleh mengundi;
  • mewakili pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengawal dan menasihati Persatuan supaya segala aktiviti, kegiatan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar negara dan dasar-dasar mengenai pelajaran dan pendidikan serta hal-hal berkaitan dengan pentadbiran sekolah;
  • berhak untuk menghenti dan menangguhkan mesyuarat Persatuan jika difikirkan wajar untuk kepentingan anggota Persatuan;
  • meluluskan semua agenda mesyuarat dan perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Persatuan;
  • memberi penjelasan kepada sesuatu isu mengenai pengurusan dan perjalanan Sekolah dan akademik serta isu-isu yang berkaitan dengannya dalam mesyuarat persatuan;
  • memastikan kegiatan persatuan selaras dengan tujuan dan fungsi Persatuan;
  • memastikan sumbangan Persatuan yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan tidak membebankan dan tidak mengandungi sebarang unsur paksaan; dan
  • menentukan tetamu kehormat dan para jemputan yang menghadiri majlis anjuran Persatuan dilayan mengikut peraturan dan protokol yang ditetapkan oleh Kementerian.

b) Juru Audit Dalaman

Persatuan hendaklah melantik 2 orang juru audit dalaman dari kalangan anggota Persatuan yang tidak menjadi anggota Jawatankuasa PIBG pada mesyuarat Agung Tahunan.
Tanggungjawab juru audit dalaman adalah seperti berikut:

  • mengaudit akaun Persatuan pada setiap akhir tahun kewangan; dan
  • menjalankan pengauditan secara berkala seperti mana yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

Kuorum
Kuorum mesyuarat yang diadakan oleh Persatuan adalah seperti berikut:
  • Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang daripada 3 kali jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG; dan
  • Mesyuarat Jawatankuasa PIBG - hendaklah tidak kurang 2/3 daripada jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG.

Mesyuarat Agung Tahunan

Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah pada setiap tahun sebelum akhir bulan Mac.

Jika Mesyuarat Agung Tahunan tidak diadakan sebelum akhir bulan Mac, Jawatankuasa PIBG hendaklah mengemukakan alasan dan tarikh yang dicadangkan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, sebelum 31 Mac.

Notis tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan hendaklah diberikan kepada anggota Persatuan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat.

Sekiranya kuorum untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan tidak mencukupi dalam tempoh 1 jam dari masa yang ditetapkan, Mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan Jawatankuasa PIBG hendaklah mengeluarkan notis bertulis kepada anggota Persatuan memaklumkan tarikh baru Mesyuarat Agung Tahunan dalam masa 30 hari dari tarikh asal tersebut.

Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut;
  • ucapan Pengerusi;
  • membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu;
  • membentang dan menerima Laporan Tahunan;
  • membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun sebelumnya;
  • membahaskan usul, jika ada;
  • pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun berkenaan;
  • pemilihan Juru Audit Dalaman;
  • ucapan penangguhan; dan
  • lain-lain hal.

Apa-apa usul bertulis hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa PIBG selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk menapis usul-usul yang dikemukakan sebelum diluluskan untuk perbincangan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG serta menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan Persatuan. Pemilihan pemegang jawatan hendaklah dibuat seperti berikut:
  • anggota yang dicalonkan untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG hendaklah hadir dalam Mesyuarat; 
  • setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong; dan
  • pemilihan hendaklah dijalankan secara undian bagi jawatan yang ditandingi. Calon yang mendapat undi terbanyak dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan.

Mesyuarat Agung Tergempar

Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan dalam keadaan-keadaan berikut:
  • apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa PIBG;
  • atas permintaan bertulis sekurang-kurangnya 1/5 daripada jumlah anggota Persatuan; atau
  • atas arahan Pendaftar.
Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan Jawatankuasa PIBG atau tarikh penerimaan permintaan anggota Persatuan atau tarikh arahan Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan. Notis bertulis mengenai Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dikemukakan kepada anggota Persatuan selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh Mesyuarat hendak diadakan.

Urusan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihadkan kepada tujuan Mesyuarat itu diadakan.



Laporan Mesyuarat

Laporan Mesyuarat Agung Tahunan bersama-sama Penyata Kira-kira Kewangan Persatuan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah atau Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat.

Laporan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat.

Mesyuarat Jawatankuasa PIBG

Jawatankuasa PIBG hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh satu tahun persekolahan.

Notis panggilan mesyuarat hendaklah diberikan kepada anggota Jawatankuasa PIBG selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat.

Yang Di-Pertua, atau sekurang-kurangnya 3 orang anggota Jawatankuasa PIBG, boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG apabila difikirkan perlu dengan persetujuan Penasihat.

Setiap anggota Jawatankuasa PIBG yang tidak hadir mesyuarat sebanyak 2 kali tanpa sebab hendaklah digugurkan keanggotaan dalam jawatankuasa PIBG secara automatik dan Yang Di-Pertua hendaklah mengemukakan notis bertulis kepada anggota berkenaan sebaik sahaja keputusan itu dibuat.


Punca-Punca Pendapatan Persatuan

Punca-punca pendapatan Persatuan adalah terdiri daripada;
  • sumbangan anggota Persatuan (anggota Persatuan tidak boleh dipaksa memberi apa-apa sumbangan);
  • derma dan sumbangan daripada individu, organisasi dan badan-badan lain;
  • pendapatan yang diperolehi daripada aktiviti dan program unjuran Persatuan yang telah mendapat kelulusan Pendaftar

Jawatankuasa hendaklah membuka satu akaun di mana-mana bank tempatan yang berdaftar atas nama Persatuan.

Apa-apa wang yang diterima atau diperolehi oleh Persatuan hendaklah dikreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari wang diterima atau diperolehi. Walau apa pun peruntukan ini, Bendahari boleh menyimpan wang tunai yang tidak melebihi ........................ pada satu-satu masa.

Perbelanjaan wang Persatuan

Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk membelanjakan wang Persatuan bagi perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada murid-murid Sekolah yang tidak bercanggah dengan tujuan-tujuan Persatuan.

Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Persatuan hendaklah ditandatangan oleh Bendahari dan Yang Di-Pertua atau Setiausaha, semasa ketiadaan Yang Di-Pertua.

Bendahari dan Yang Di-Pertua hendaklah memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dan akaun Persatuan sentiasa berbaki kredit.

Tahun kewangan Persatuan bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember tahun semasa.

Penyimpanan akaun pendapatan dan perbelanjaan

Penyata Kira-kira Kewangan Persatuan yang telah diaudit hendaklah dibentangkan untuk diterima dan diluluskan oleh anggota Persatuan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

Satu salinan Penyata Kira-kira Kewangan yang telah diaudit serta diterima dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian mengikut mana-mana yang berkenaan.

Pendaftar, Pegawai Pendidikan Daerah, Pegawai Pendidikan Bahagian, Pengetua atau Guru Besar adalah dibenarkan memeriksa akaun Persatuan pada bila-bila masa.



Harta Amanah Persatuan


Persatuan tidak boleh memegang apa-apa harta, sama ada harta alih atau harta tak alih, atas namanya sendiri. Apa-apa harta yang, sebelum dari tarikh Perlembagaan ini berkuat kuasa, diletakkan atas nama Persatuan hendaklah dialihkan kepada Kerajaan Malaysia, yang diwakili oleh Sekolah, sebagai harta yang diamanahkan oleh Persatuan untuk digunakan bagi faedah murid-murid Sekolah itu sahaja atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PIBG dari masa ke semasa.

Apa-apa harta yang diamanahkan kepada Sekolah tidak boleh dipindah milik atau dilupuskan dengan apa cara sekali pun, melainkan dengan persetujuan anggota Persatuan yang diperolehi dalam Mesyuarat Agung Tahunan.




Pindaan Perlembagaan Persatuan

Apa-apa cadangan untuk meminda Perlembagaan Persatuan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, untuk kelulusan terlebih dahulu.

Cadangan pindaan yang hendak dikemukakan kepada Pendaftar hendaklah dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 2/3 daripada anggota Persatuan yang hadir.

Pindaan kepada Perlembagaan hanya berkuat kuasa mulai daripada pindaan diluluskan oleh Pendaftar.

Pendaftar berhak meluluskan atau tidak sebarang pindaan yang dicadangkan oleh Persatuan.




Larangan

Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya untuk merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan sekolah, guru, kakitangan dan pekerja Sekolah dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan Sekolah.

Persatuan bukanlah suatu entiti undang-undang dan tidak mempunyai keupayaan juridikal untuk membuat kontrak, perjanjian atau memorandum persefahaman, atas namanya sendiri. Apa-apa program dan aktiviti yang hendak dibuat oleh Persatuan yang memerlukan apa-apa suratcara yang mengikat dari segi undang-undang hendaklah dirujuk kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, untuk kelulusan dan panduan.

Persatuan tidak boleh menjadi forum atau jentera bagi menyelesaikan sebarang pertikaian antara Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.

Persatuan tidak boleh bergabung dengan persatuan ibu bapa-guru di sekolah- sekolah lain, parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan atau lain-lain organisasi, pertubuhan atau persatuan, sama ada yang ditubuhkan atau berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau tidak.


Tafsiran

Sebarang kekeliruan atau pertikaian yang timbul daripada Perlembagaan ini hendaklah dirujuk kepada Pendaftar melalui Guru Besar atau Pengetua.


Pembubaran

Persatuan hanya boleh dibubarkan dalam keadaan berikut:
  •   atas arahan bertulis daripada Pendaftar; atau
  •   Sekolah berhenti beroperasi

Apa-apa wang dalam akaun Persatuan hendaklah digunakan sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar dan kegunaannya hendaklah bagi memanfaatkan pendidikan kanak-kanak di kawasan di mana Sekolah itu berada. Apa-apa harta alih dan tak alih yang telah diamanahkan kepada Sekolah hendaklah dilupuskan mengikut cara yang ditetapkan oleh Pendaftar.

Guru Besar atau Pengetua hendaklah memulangkan Sijil Pendaftaran Persatuan kepada Pendaftar apabila Persatuan dibubarkan.