PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor,
TAHNIAH KEPADA EN.MOHD SHAPHRI BIN MOHD YUSOF
DIATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGETUA SMK DATO PENGGAWA BARAT

ALUAN





" SDPB MENJUARAI "
 
Dari Meja Tuan Pengetua
 


SERANGKAP SERI BUDI 2017

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah,  setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpahan rahmat dan inayah-Nya, maka kita telah sama-sama berjaya melabuhkan tirai pendidikan  2014 dengan pelbagai kejayaan dan penganugerahan.  Kita amat bersyukur kerana   diiktiraf sebagai  Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort 4  pada tahun 2013 dan sebelum itu  kita dikurniakan pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 4 pada tahun 2011. Kita telah pun  berusaha  pada tahun 2014 untuk melepasi Key Performance Indicator (KPI) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Sekolah Berprestasi Tinggi dan amat yakin  kita berjaya melepasinya..  Kini, wacana pendidikan 2015 kita mulai dengan harapan dan iltizam yang tinggi serta  keyakinan yang jitu bahawa kita akan sama-sama menggembleng tenaga dan menjana idea bagi memastikan kita berada di landasan yang betul demi melestarikan kegemilangan  SMKDPB yang telah kita genggam ini. Ditambah pula pada tahun ini kita menyambut Ulang Tahun Ke-50 penubuhan sekolah kita. Sudah tentu kita akan mengadakan pelbagai aktiviti untuk memeriahkan lagi  majlis sambutan  ulang tahun tersebut dan ini memerlukan penglibatan tinggi semua warga sekolah.


Sebagai penjana transformasi pendidikan,  kita seharusnya sentiasa peka dan sedar bahawa cabaran dalam dunia pendidikan kini kian berganda. Kita seharusnya mampu bertindak sebagai “murabb”i yang peka dan sentiasa responsif terhadap transformasi pendidikan mutakhir yang dirangka melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang merangkumi pendidikan Prasekolah hingga Lepasan Menengah.  Berdasarkan sebelas anjakan sistem dan anjakan strategi yang utama,Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan.  Dalam hal ini, kitalah teraju utama yang bakal memastikan hasrat murni kerajaan itu dapat direalisasikan kerana gurulah pelaksana sistem pendidikan itu. Hakikatnya kita  mempunyai keupayaan atau kapasiti untuk mencapai kehebatan itu.  Namun demikian,  usaha-usaha yang radikal harus sentiasa difikirkan dan dilaksanakan secara bersepadu,  di samping doa yang tidak pernah putus ke hadrat Allah SWT agar kita diberikan taufik dan hidayah agar kita mampu meletakkan diri sebaris dengan sekolah-sekolah terbaik di peringkat global

Sehubungan dengan itu, kita harus menyedari bahawa masih banyak ruang kosong yang perlu dipenuhi , masih banyak ketirisan yang perlu ditampung dan masih banyak kekurangan yang  memerlukan penambahbaikan. Kita juga sewajarnya menyedari akan tanggungjawab besar yang harus dipikul iaitu untuk mengekalkan Band 1 dalam pencapaian akademik kita. Oleh itu, ingin saya menyeru agar marilah kita bersama-sama   meninta kata dalam irama yang sama, melangkah dengan derap yang sekata dengan berpandukan indikator yang menjurus ke arah pencapaian aspirasi negara iaitu untuk melahirkan   modal  insan syumul dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara secara aktif dan seterusnya berupaya membina masa depan Malaysia yang gemilang..Marilah  kita meneruskan  amalan   budaya  kerja cemerlang, sikap   kebertanggungjawaban, istiqamah, berinovasi, dan bermotivasi serta  semangat mujahadah setiap  daripada kita untuk melakukan yang terbaik demi nusa dan bangsa.


Sebagai penutup, ingin saya titipkan mutiara kata cendekiawan :Kejayaan tidak boleh diukur dengan kedudukan yang dicapai seseorang tetapi melalui halangan-halangan yang ditempuhinya..  Sebaliknya, kita tidak boleh berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal.  Oleh hal yang demikian, jika kita tidak dapat terbang, maka berlarilah. Jika kita tidak dapat berlari, maka berjalanlah. Jika kita tidak dapat berjalan, maka merangkaklah.Tapi ingatlah, apapun yang kita lakukan, tetaplah melangkah maju. Bagi kita warga SMKDPB, yakinlah dan pastikan SDPB MENJUARAI.


HJ HASHIM BIN MOHD DOM
Pengetua,
SMK Dato’ Penggawa Barat.