MAULIDUR RASUL 1440H



11-12 Januari 2019 – Sambutan Maulidur Rasul 1440H telah diadakan di SMKDPB. Sambutan ini diserikan dengan 400 orang peserta Perkhemahan Maulidur Rasul oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor. Majlis anjuran Alumni SMKDPB dengan kerjasama PIBG, PEWARIS dan Pengakap Johor.





Apa yang menariknya, terdapat kelainan dalam sambutan kali ini di mana para hadirin dihidangkan dengan Demo Masakan oleh Etnik Orang Asli, Etnik Jawa, Etnik Banjar dan Etnik Bugis. Para peserta yang terdiri dalam kalangan ahli-ahli Pengakap Johor begitu teruja dengan demo masakan ini.





Pada waktu malamnya pula diadakan Malam Cinta Rasul dan aktiviti rewang. Malam Cinta Rasul menampilkan Kumpulan Izdan, Duat Buskers, Al-Isyrak, Al-Farabi dan Pentomin Istimewa ‘Muhammad Nabiku” oleh Ninabonos Production SDPB.





Keesokkannya harinya diadakan perarakan dan selawat yang disertai oleh 1500 orang peserta yang mewakili pelbagai badan dan agensi. Majlis gilang gemilang ini diketuai oleh  En Zainal (Pengerusi Alumni), En Mohd Shahpri (Pengetua) En Mohd Kopli (YDP PIBG), En Rahmat (YDP PEWARIS) dan TN HJ Yaacob (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Johor).





Manakala sesi ceramah pula disampaikan oleh Prof.Madya Dr.Hj.Mohd Ismail bin Mustari, Pensyarah Fakulti Tamadun Islam UTM.





Tokoh Maulidur Rasul Kategori Guru disandang oleh Ustaz Haris bin Mustafa, Kategori Pengakap Johor disandang oleh Tn Hj. Yaacob bin A.Karim, Kategori Pelajar Lelaki ialah Muhammad Shayereezam bin Zainor Hisham dan Kategori Pelajar Perempuan pula ialah Iqqa Fadlyn binti Azhar









MAJLIS APRESIASI PENGAKAP PONTIAN



9 Januari 2019- Majlis Apresiasi Pengakap Pontian telah diadakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pontian di SMK Kayu Ara Pasong. Majlis ini bertujuan untuk menghargai  jasa dan pengorbanan pemimpin pengakap  Daerah Pontian. Hadiah disampaikan oleh En Mohd Zaki bin Azman- Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pontian. Antara kejayaan yang diperoleh Pengakap SMKDPB ialah:

1.       Anugerah Pengerusi Kumpulan Pengakap Pontian Terbaik – En Mohd Shaphri bin Mohd Yusof (Pengetua SMKDPB)
2.       Anugerah Pemimpin Pengakap Pendidikan Khas (Sek.Men) – En. Mohd Ehsan bin Mohamed Saad (SMKDPB)
3.       Anugerah Kumpulan Pengakap Pontian Terbaik (Sek.Men) – Pengakap SMK Dato’ Penggawa Barat.
4.       Anugerah Pendaftaran Kumpulan Pengakap Terbaik – Pengakap SMK Dato’ Penggawa Barat.




 ANUGERAH PENGERUSI KUMPULAN PENGAKAP TERBAIK DAERAH PONTIAN
 ANUGERAH PEMIMPIN PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS TERBAIK SEKOLAH MENENGAH

Selain itu, Majlis Apresiasi ini juga bertujuan meraikan kejayaan pengakap Pontian yang menjadi Daerah terbaik di Malaysia. Kejayaan ini turut disumbangkan oleh Pengakap SMKDPB. Antara kejayaan di peringkat kebangsaan ialah:

1.       Anugerah Kumpulan Pengakap Terbaik Kebangsaan 2016 & 2018 – SMK Dato’ Penggawa Barat.
2.       Anugerah Program Daerah Terbaik Kebangsaan 2018 – Southern International Scout Fiesta (SISF)
3.       Anugerah Pemimpin Pengakap Muda Terbaik Kebangsaan 2018 – En Mohd Zaid bin Man
4.       Anugerah Pemimpin Kumpulan Pengakap Terbaik Kebangsaan 2016 & 2018

Dalam majlis ini juga disampaikan Anugerah Pingat Darul Takzim Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor. Antara penerima anugerah ini ialah En Mohd Shaphri bin Mohd Yusof dan Pn Siti Aznom bin Senon. Anugerah ini disampaikan oleh Tn Hj Yaacob bin A.Karim- Ketua Pesuruhjaya Negeri Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.Tahniah diucapkan.



PENERIMA PINGAT DARUL TAKZIM
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI JOHOR


PENERIMA PINGAT DARUL TAKZIM
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI JOHOR





MAJLIS APRESIASI WIRA-WIRA NEGARA

6 Januari 2019 – Majlis Apresiasi Wira-wira Negara telah diadakan pada hari ini. Majlis ini bertujuan mengiktiraf dan menghargai sumbangan para pelajar atlet ‘Jump Rope’ yang bukan sahaja mengharumkan nama sekolah malah nama Malaysia dalam  ASEAN JUMP ROPE CHAMPIONSHIP BANGKOK 2018.
Dalam majlis ini  juga para peserta dan guru pengiring dianugerahkan ANUGERAH PENGGAWA  PERAK dan ANUGERAH PENGGAWA GANGSA. Tahniah kerana mengharumkan nama negara dan semestinya nama SMKDPB.










MINGGU HALUAN PELAJAR TINGKATAN 1 & TINGKATAN 4

1-3 Januari 2019 – Program Minggu Haluan pelajar untuk pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 telah dijalankan selama 3 hari. Berobjektifkan membiasakan diri para pelajar dengan suasana baharu dan juga memilih pakej subjek bagi pelajar Tingkatan 4. Majlis penutupan rasmi Minggu Haluan Pelajar disempurnakan oleh En Mohd Shaphri bin Mohd Yusof- Pengetua.









HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2019 & PEMANTAUAN PEGAWAI JPNJ


1 Januari 2019 – Hari pertama persekolahan tahun 2019 disambut ceria dengan  keterujaan para pelajar untuk kembali ke sekolah. Pemantauan oleh pegawai JPNJ iaitu En.Nazarudin Selamat.  Beliau turut bersama dalam perhimpunan rasmi dan seterusnya memantau ke sesi PDPC.


 


PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU TINGKATAN 1 & PELAJAR ASRAMA 2019


31 Disember 2018 – Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 (2019) SMKDPB telah diadakan di Dewan Seri Gemilang . Seramai 152 orang pelajar baharu mendaftar pada hari ini. Selamat dating diucapkan kepada para pelajar baharu dan selamat menyesuaikan diri di Smkdpb.
                Sementara itu, pendaftaran pelajar asrama SMKDPB turut diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Makan Asrama. Para pelajar senior turut membantu proses pendaftaran supaya berjalan lancar. Tahniah diucapkan kepada semua.










Mesyuarat Guru Pertama 2019

27hb Dis : Taklimat pengurusan sekolah telah disampaikan oleh En.Mohd Shaphri bin Mohd Yusof pada hari ini. Seramai 85 guru telah hadir mendengar taklimat dan bermasyuarat bagi membuat persiapan dan perancangan sesi persekolahan baharu 2019.