LADAP 7 : Professional Learning Community (PLC) & 21st Century Skills Education

27 Jun 2015 : professional learning community, or PLC, is a group of educators that meets regularly, shares expertise, and works collaboratively to improve teaching skills and the academic performance of students. The term is also applied to schools  that use small-group collaboration as a form of professional development. Pn. Hjh Haizan bt Zakaria an expert on school management unit, Pejabat Pelajaran Pontian came up with perhaps the most efficient description of the strategy: “The three words explain the concept: Professionals coming together in a group—a community—to learn.”


TAHNIAH & SYABAS DI ATAS KEJAYAAN SDPB MENJUARAI


MAJLIS PERPISAHAN EN MOHD SHAHPRI DAN PN MUSLIHA


21 Ogos 2015 - Satu majlis meraikan perpisahan mantan Penolong Kanan Pentadbiran, En Mohd Shahpri bin Mohd Yusof dan Pn Musliha telah diadakan pada pagi ini. En Mohd Shahpri telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua SMK Tan Sri Abd Kadir, Mersing manakala Pn Musliha bberpindah mengikut suaminya ke Terengganu. Pn Musliha tidak dapat hadir pada hari ini atas sebab yang tidak dapat dielakkan. 

           Dalam ucapannya, En Mohd Shahpri mengharapkan warga SMKDPB dapat meneruskan legasi kecemerlangan SMKDPB. Beliau yakin atas usaha yang dijalankan SMKDPB akan memperoleh kecemerlangan yang membanggakan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh warga SMKDPB. Terima kasih Cikgu Mohd Shahpri dan Pn Musliha yang sama-sama meletakkan kecemerlngn SMKDPB hingga ke tahap ini. Jasamu dikenang.


KERJAYA DI WILAYAH ISKANDAR JOHOR.

17 Jun 2015 - Satu Ceramah Kerjaya di Wilayah Iskandar telah diadakan pada tengah hari ini di Dewan Seri Gemilang, SMKDPB. Tujuan ceramah kerjaya ini adalah untuk mendedahkan peluang kerjaya di Wilayah Iskandar, Malaysia kepada para pelajar. Semoga para pelajar mendapat manfaatnya. Terima kasih kepada pihak Wilayah Iskandar yamng sudi datang memberi ceramah kerjaya.

PERKONGSIAN ILMU KE MADRASAH ALJUNIED AL-ISLAMIAH, SINGAPURA.



11 Jun 2015 – Kolaborasi Ke Madrasah Al Junied Al-Islamiah telah berlangsung pada pagi ini. Seramai 14 orang guru terlibat dengan kolaborasi ini. Pengisian kolaborasi ini adalah berkaitan dengan ‘Cooperative Learning’ yang disampaikan oleh Pn Khairiana bt Zainal Abidin, Asst. Vice Principal Madrasah AlJunied Al-Islamiah, Singapura. Semoga ilmu yang diperoleh dapat disebarluaskan kepada guru-guru yang lain dalam memastikan legasi SMKDPB terus cemerlang. Terima kasih.







PENGAKAP RAJA 2015


Jun 2015 – Seramai 6 orang ahli pengakap SMKDPB telah berjaya dan lulus dalam ujian Pentarafan Pengakap Raja yang diadakan pada 14-17 Mac 2015 di Kem Jubli Intan Tanjung Labuh, Batu Pahat. Mereka telah menerima surat rasmi daripada Persekutuan Pengakap Malaysia. Mereka terdiri daripada
1.       Mohamad Idzham bin Hamdan
2.       Muhammad Fadhliuddin bin Jamaludin
3.       Muhammad Asrul Haziq bin Anuar
4.       Dick Dzulhelmie bin Kasmuri
5.       Nur Qistina binti Faithal Reiman
6.       Nur Syafikah binti Hassan














Hari ini segalanya terbukti...  Keikhlasan dan pengorbanan menjanjikan kejayaan. Semoga mereka terus taat kepada Agama, Bangsa dan , Negara.


Tahniah diucapkan.






PERKHEMAHAN BUDAYA NASIONAL (KBN) SIAK, INDONESIA.


2 – 8 Jun 2015. Lima orang ahli Pengakap Laut Kumpulan 14 dan 2 orang pemimpin telah terpilih mewakili Kontinjen Malaysia ke Khemah Budaya Nasional (KBN) 2015 bertempat di Kem Tengku Buwang Asmara, Desa Merempura Hilir, Kacamatan Mempura, Kabupaten Siak, Provinsi Riau, Indonesia. Ahli Pengakap Laut SMKDPB menyertai Kontinjen Malaysia seramai 113 peserta yang diketuai Tn Hj Yaacob bin A.Karim.

  Berikut merupakan catatan perjalanan:

 


Perjalanan dimulakan dengan menaiki feri dari Jeti Muar menuju ke pelabuhan Bengkalis selama 2 jam 30 minit. Ketibaan di Bengkalis disambut dengan meriah oleh ahli Pramuka Bengkalis, seterusnya kami dibawa menaiki 5 buah bas dengan diiringi pasukan keselamatan serta ambulans. Pengalaman seterusnya menaiki feri ke Pelabuhan Pak Ning selama 40 minit dan menyambung perjalanan ke tempat perkhemahan selama 2 jam perjalanan. Ketibaan kami di bumi Siak ketika mentari mula melabuhkan tirainya. Paluan kompang dan perarakan menanti ketibaan kami. Kami diberi tapak perkhemahan dan terus mendirikan khemah untuk bermalam.

Perasmian pembukaan Khemah Budaya Nasional telah diadakan di hadapan Istana Siak dengan disertai oleh ribuan peserta dari setiap propinsi di Indonesia. Perasmian disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Indonesia. Pelbagai budaya dari setiap propinsi dipersembahkan. Di sini juga kami dari Kontinjen Malaysia diberi liputan meluas oleh pihak media dan paparan khas Kontinjen Malaysia disiarkan dalam surat khabar Riau Pos.
 

Istana Siak merupakan tinggalan sejarah yang menempatkan pelbagai khazanah melayu khususnya dan adat istiadat melayu. Kami dibawa melawat ke Istana Siak, Makam Syarif kasim, Lembaga Adat Melayu Riau, Balai Perbicaraan dan sebagainya. Sesungguhnya bumi Siak mempunyai 1001 kisah sejarah yang mempunyai hubung kait dengan negeri Johor.
MEMEGANG BENDERA SMKDPB DI HADAPAN ISTANA SIAK

Kami juga menyertai perarakan Karnaval Budaya yang diadakan di hadapan bangunan Lembaga Aadat Melayu Riau. Dalam pertandingan ini, Kontinjen Malaysia telah menjadi Juara menewaskan 33 buah propinsi di Indonesia. Manakala dalam Pertandingan Kemahiran Pengakap, peserta SMKDPB telah membawa pulang 3 pingat emas melalui Nur Syafina Atisha, Nur Syaidatul Adlin dan Nuramira Musa sementara 2 pingat perak disumbangkan oleh Adhawasya dan Hudzaifah.
Pada malam penutupan rasmi, Pemerintah Kabupaten Siak telah menobatkan kami semua ( guru dan pelajar ) sebagai Perajurit Siak. Penghargaan ini membolehkan kami dipakaikan tanjak ( lelaki) dan selempang ( perempuan).
 

Kami bertolak pulang dari bumi Siak pada 8 jun 2015 dan bermalam di Tapak Perkhemahan Pramuka Bengkalis pada malamnya. Kami menaiki feri dari Bengkalis pada 9 Jun 2015 pada pukul 3.30 petang dan sampai di Jeti Muar pada pukul 6.00 petang dan selamat tiba di sekolah pada pukul 10.00 malam.
Sesungguhnya pengalaman berkelana dan berkhemah di Bumi Siak merupakan satu pengalaman yang amat berharga dan akan menjadi memorabilia indah sepanjang perjalanan hidup kami. Kami berbangga kerana memilih Pengakap Laut sebagai unit beruniform yang wajib disertai di sekolah dan ternyata dengan menyertai Pengakap Laut memberikan kami seribu satu pengalaman yang berharga. Terima kasih semua!.


DI DALAM ISTANA SIAK

PERKHEMAHAN PENGAKAP WANITA PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

1 – 5 Jun 2015, Bertempat Mutiara Semenyih Training Village And Eco Resort Sungai Lalang, Semenyih, Selangor, Pengakap Laut Kumpulan 14 Pontian telah menyertai Perkhemahan Pengakap Wanita Peringkat Kebangsaan Kali Pertama 2015. Seramai 25 orang peserta telah diiiringi Cikgu Suhizulhisam Keliwon telah bekhemah di sana.





Pelbagai pertandingan dijalankan dan Pengakap Laut SMKDPB telah menjadi Johan dalam Pertandingan Dekorasi Kek ( Siti Nurul Jannah, Nursuria Syazana, Farhani dan Nurul Najihah ) dan Ketiga dalam Pertandingan Forum ( Siti Nur Aisyah, Intan Syahira, Nur Najwana dan Tihani Afrina Zareen). Tahniah kepada para peserta yang telah mengharumkan nama sekolah.