PROGRAM PENGARAH TURUN PADANG

30 April - Program Pengarah Turun Padang ke SMKDPB telah berlangsung pada hari ini. Seramai 3 orang pegawai daripada PPD Pontian yang diketuai  Tn Hj Zaidi bin Ahmad, En Fauzan bin Mohd Hanafi dan En Nazarali bin Ali. Pemantauan yang dijalankan berjalan dengan lancar. Pada akhir program ini satu taklimat tentang rumusan hasil program ini diberikan kepada guru-guru SMKDPB untuk tujuan penambahbaikan. Semoga hasil rumusan yang diberikan dapat membantu SMKDPB ke arah kecemerlangan. Sekian.


Tahniah : "SMDPB Menjuarai", Johan Kejohonan Hoki Bawah 18 tahun kategori perempuan dan lelaki MSS Daerah Pontian

27 April 2013: Kejohanan Hoki bawah 18 tahun peringkat daerah Pontian telah diakhiri dengan kejuaraan SMK Dato' Penggawa Barat bagi kategori perempuan bawah 18 tahun dan lelaki bawah 18 tahun. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Hawkeyers SMKDPB yang telah mengekalkan prestasi kejuaraan tersebut.

Majlis Penyampaian Watikah Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2013

27 April 2013 : Pengawas Pusat Sumber Sekolah atau lebih dikenali dengan Pustakawan ialah seseorang pelajar yang bertugas di perpustakaan dan membantu pengguna Perpustakaan mendapatkan buku atau majalah, dan lain-lain perkhidmatan yang disediakan Perpustakaan. Mereka ini, bertanggungjawab membantu guru-guru perpustakaan  menyemak dan memastikan susun atur buku dan terbitan bersiri di rak dalam keadaan kemas, baik dan mudah dikesan oleh pengguna atau dengan kata lain user friendly.

Mereka bertanggungjawab membantu guru-guru dalam memproses penerimaan buku,  terbitan bersiri (majalah/jurnal) yang baru diterima dengan mengecap dan merekodkan bahan tersebut. Disamping membantu mengendalikan urusan peminjaman dan pemulangan bahan-bahan PSS.Mereka juga membantu guru-guru memastikan bahan-bahan bacaan dan dokumen dijaga dan diselenggara dengan elok agar tidak rosak atau hilang.Tugas & tanggungjawab mereka juga bukan terhad di dalam perpustakaan sahaja malah merujuk kepada definasi Pusat Sumber di mana seluruh sekolah merupakan pusat sumber. Maka Pengawas PSS juga betanggungjawab membantu guru-guru pusat sumber melaksanakan program-program PSS seperti program nilam dan sebagainya

Justeru, pada hari ini sebagai menghargai dan memberi motivasi kepada mereka yang akan bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut, satu majlis penyampaian watikah telah diadakan. Seramai 21 pelajar SMKDPB telah dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah di SMK Dato' Pengawa Barat. Mereka yang dilantik adalah dalam kalangan pelajar cemerlang dan komited untuk berkhidmat kepada sekolah khususnya sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Majlis ini juga berlangsung pada sesi petang bagi melantik dan menyampaikan watikah untuk Pengawas Pusat Sumber sesi petang. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tn.Haji Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang SMK Dato' Penggawa Barat.

JUARA SEPAK TAKRAW MSSD L18



24 April – Kami Menongkah Bintang Di Angkasa, Akhirnya Bulan Jatuh Ke Riba. Satu gambaran yang tepat ditujukan kepada pasukan sepak takraw SMKDPB yang bertandingan di Kejohanan Sepak Takraw MSSD yang berlangsung selama 2 hari di STMI (2) Pontian, Johor.   Pasukan SMKDPB telah menghantar 4 pasukan iaitu 2 pasukan bawah  umur 15 tahun dan 2 pasukan bawah  umur 18 tahun. Pasukan SMKDPB ‘B’  bawah 18 tahun yang dianggotai oleh Badrul Amin bin Jamaluddin ( Kapten),  Muhamad Hanif bin Kamarudin, Aminurrusydi bin Mohd Pairus, Farhan bin Mohd Asri dan Muhammad Safuan Bin Rosli telah muncul juara setelah menumpaskan pasukan SMK Dato Mohamad Yunus Sulaiman.
                Kronologi kejayaan pasukan SMKDPB ‘B’ apabila SMKDPB ‘B’ menjadi johan kumpulan  H dan seterusnya bertemu SDAHA di peringkat suku akhir.Laluan berliku terpaksa ditempuh oleh pasukan ini yang berhempas pulas menewaskan SDAHA. Kecemerlangan ini diteruskan dengan mengerah kudrat menewaskan pasukan  SMK Tan Sri Osman Mohd Saat (STOMS) di peringkat separuh akhir. Pasukan ini seterusnya menewaskan SMKDMYS di peringkat akhir dan dinobatkan sebagai juara. Syabas diucapkan...terutamanya buat adik Badrul Amin yang bertindak sebagai  tekong dan ‘killer’ setelah Muhammad Hanif mengalami kecederaan. Tahniah buat guru-guru sepak takraw iaitu En Anuar Salleh, Tn Hj Shukor  Talib dan En Wagiman Sangat.

 Buat warga SMKDPB:

Yang kami berikan hadiah,
Yang kami cipta sejarah,
Yang kami harumkan nama sekolah.


SMKDPB MENJUARAI!

PELANCARAN HARI BUKU SEDUNIA 2013

23 April 2013 : Pada hari ini kita sedang menyambut Hari Buku Sedunia yang disambut serentak seluruh dunia.Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia adalah resolusi daripada persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 15 Nov 1995 yang mengisytiharkan 23 April sebagai Hari Buku Sedunia. Tujuannya bagi memartabatkan kedudukan buku sebagai sumber pengetahuan utama. Walaupun teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkembang pesat tetapi buku sebagai wadah untuk membina peradaban dunia tetap kekal dan tidak berubah. Di sekolah kita terdapat pelbagai aktiviti diadakan bagi meraikan hari tersebut. Diantaranya adalah Majlis Pelancaran Moskot Buku Sekolah, tayangan multimedia, kuiz mingguan dan pengucapan ulasan buku.


SMKDPB Menjuarai Kejohanan Bola Jaring MSSD Pontian 2013

Kejohanan Bola Jaring MSSD Pontian telah berlangsung pada 18 dan 19 April di Padang SMK Dato' Yunos Sulaiman, Pekan Nenas. Kontigen SMKDPB terdiri daripada 12 orang pemain bawah 18 tahun dan 12 orang pemain bawah 15 tahun bersama 5 guru pengiring. 

Pada hari pertama, kedua-dua pasukan bola jaring telah mengekalkan rekod tanpa kalah dan berjaya menjadi Johan Kumpulan dan seterusnya menempatkan diri ke peringkat separuh akhir pada hari kedua. Pada hari yang berikutnya, seperti yang dijangkakan, kedua-dua pasukan berjaya melangkah ke peringkat akhir kejohanan.

Semasa perlawanan akhir, Pasukan Bawah 15 tahun telah membuktikan bahawa SMKDPB adalah pasukan yang harus digeruni dengan jumlah jaringan bergaya 13 berbalas 2, sekaligus dinobatkan Juara Kejohanan Bola Jaring MSSD 2013 Bawah 15 tahun buat kali kedua berturut-turut.

Pasukan Bawah 18 tahun berjaya menempah tempat Naib Juara setelah tewas hanya 3 gol kepada pasukan tuan rumah, yang juga merupakan musuh tradisi, SMK Dato' Yunos Sulaiman. SMKDPB merupakan satu-satunya sekolah yang berjaya menghantar kedua-dua pasukan ke peringkat akhir dan itu sudah membuktikan bahawa SMKDPB Menjuarai.

Hasil corak permainan cemerlang yang telah ditunjukkan, seramai 9 orang pemain telah terpilih untuk mewakili Daerah Pontian ke Bola Jaring MSSJ yang bakal berlangsung pertengahan Mei nanti. Doakan kejayaan kami di peringkat negeri dan terus mengharumkan nama SMKDPB.

Sekalung tahniah buat semua pemain dan guru yang telah memulakan sesi latihan intensif dan konsisten seawal bulan Februari termasuk hujung minggu. Segala usaha dan kerja keras telah dibayar dengan kemenangan yang penuh gemilang ini. Terima kasih juga buat semua warga SMKDPB yang telah memberi sokongan dan mendoakan kejayaan ini. Semoga pasukan Bola Jaring SMKDPB terus menjuarai untuk tahun-tahun yang akan datang insyaAllah.




Disediakan oleh,
Pn Fadhlunnisak Hanaffi

Rombongan Kelab Fotografi SMK Dato'Penggawa Barat ke Melaka Bandaraya Bersejarah


18 Apr 2013 : Lawatan sambil belajar, Kelab Fotografi SMK Dato' Penggawa Barat ke Bukit St Paul, Taman Seribu Bunga dan Taman Rama-Rama & Reptalia Melaka telah diadakan pada 23 Mac 2013. Seramai 31 pelajar telah menyertai rombongan ini. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk melatih pasukan juru gambar pelajar SMK Dato' Penggawa Barat mengaplikasi teknik fotografi yang telah dipelajari secara teori di sekolah.

Bandaraya Melaka terletak berhampiran muara Sungai Melaka yang mengalir ke Selat Melaka. Kawasan bandar bersejarah yang terletak berhampiran dengan pantai, termasuk Bukit St Paul dengan runtuhan kubu Portugis, A Famosa. Bandar Melaka telah berkembang dalam semua arah dari teras bersejarah ini, termasuk ke selatan (kerana pantai Selat Melaka sekarang agak lagi ke selatan daripada lokasi asal disebabkan penambakan tanah). Bandaraya Bersejarah Melaka juga berkembar dengan lima buah bandar terkemuka yang lain iaitu - LisbonPortugal (16 Januari 1984), Kuala LumpurMalaysia (15 April 1989), HoornBelanda (8 November 1989), Valparaiso,Republik Chile (24 June 1991) dan NanjingChina (2001).


Taman Rama-rama & Reptalia merupakan satu taman rama-rama dan reptalia yang paling komprehensif dengan berbagai-bagai spesies tempatan termasuk yang jarangkali ditemui iaitu Raja Brooke dan Sayap Burung.


Terdapat juga koleksi lebih dari 400 jenis spesimen serangga. Ia merupakan salah sebuah taman pemeliharaan rama-rama dan serangga yang komprehensif di dunia. Mengandungi lebih daripada 200 spesis tempatan termasuk jenis yang sukar didapati iaitu Raja Brooke dan Birdwing. Terdapat juga koleksi lebih 400 jenis serangga. Peluang untuk anda dikelilingi oleh pelbagai rama-rama yang menarik dan berwarna-warni.

Sehari bersama IPTS & Ceramah Kesedaran Alam Sekitar SMKDPB 2013

18 April 2013 : Program Sehari bersama IPTS & Ceramah Kesedaran Alam Sekitar telah diadakan bertujuan untuk memberi motivasi dan maklumat yang jelas kepada pelajar terhadap kursus-kursus yang disediakan di peringkat pengajian tinggi di kolej-kolej dan universiti-universiti swasta. Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan semangat para pelajar khususnya para SMKDPB untuk memiliki keputusan cemerlang dalam SPM & STPM bagi mendapatkan tempat atau menyambung pengajian ke peringkat tinggi. Pada sebelah petang, program diteruskan dengan Ceramah Kesedaran Alam Sekitar yang telah disampaikan oleh salah sebuah kolej swasta yang terlibat dalam program yang diadakan. 

PERTANDINGAN KAWAD KAKI




17 April – Pertandingan Kawad Kaki Sekolah-sekolah Daerah Pontian telah berlangsung pada hari ini. Pasukan SMKDPB telah menyertai pertandingan kawad kaki ini melalui 2 kategori  iaitu kategori NGO diwakili pasukan Pengakap Laut dan kategori GO diwakili pasukan KRS.  Pasukan Pengakap Laut telah mendapat tempat Ke-3 dalam kategori NGO sementara pasukan KRS mendapat tempat Ke-2 kategori GO. Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta-peserta yang telah bertungkus-lumus menjalani latihan demi menjulang nama SMKDPB. 

PERTANDINGAN DEBAT BAHASA ARAB ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE -6 DAN JEMPUTAN NUSANTARA 2013


Pada 6 hingga 10 April 2013, SMKDPB buat julung kali telah menyertai PERTANDINGAN DEBAT BAHASA ARAB ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE -6 DAN JEMPUTAN NUSANTARA 2013 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Negeri Sembilan. Pertandingan ini disertai oleh 48 buah sekolah kategori SMKA, SABK dan SMK . Ia juga disertai oleh sekolah-sekolah dari Singapura, Thailand , Indonesia dan Brunei Darus Salam.
 

Kebanyakan peserta adalah pelajar-pelajar tingkatan 6 yang mengambil mata pelajaran Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan persaingan amat sengit.


Pasukan SMKDPB telah memenangi 2 daripada 6 pusingan awal debat dan berada pada kedudukan 34 daripada 48 buah sekolah. Nur Auni Mohd Jurimi mendapat 3 kali pendebat terbaik .Pasukan SMKDPB diwakili oleh pelajar-pelajar Ting 5 Anggerik. Mereka adalah MOHAMAD HAMZI BIN MOHD KASMADI, NUR AUNI BT MOHAMAD JURIMI, NUR HANANI BT MOHAMAD HANAFIAH dan WAFA’ RAIHANA BT ROSMAN. 


Tahniah dan syabas kepada semua peserta.

JOHAN SYARAHAN BAHASA MELAYU 2013


11 April – Pertandingan Syarahan dan Pidato Bahasa Melayu Daerah Pontian telah  diadakan di SMK Kayu Ara Pasong. SMKDPB telah menghantar  2 orang peserta iaitu Muhammad Asrul Haziq bin Anuar ( Syarahan ) dan Nurzahirah binti Zainal ( Pidato ).  Peserta syarahan iaitu Muhammmad Asrul Haziq bin Anuar dinobatkan sebagai johan syarahan Bahasa Melayu Daerah Pontian. Beliau menyampaikan syarahan beliau yang bertajuk ' Melestarikan Alam Sekitar Milik Bersama' serta syarahan spontan bertema ' Makanan Seimbang Dalam Kehidupan'. Tahniah diucapkan.

Majlis Anugerah kecemerlangan SPM & STPM Tahun 2012

11 April 2013 : MajlisAnugerah kecemerlangan SPM & STPM Tahun 2012 telah disempurnakan oleh yang Berbahagia Datuk Nasir bin Safar DMSM, PPN, PIS, PC merangkap YDP PIBG SMK Dato' Penggawa Barat. Seramai 202 calon penerima anugerah telah hadir ke majlis penganugerahan tersebut. Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah kecemerlangan yang diberikan.

AKTIVITI PUTERI ISLAM SMKDPB


Pergerakan Puteri Islam SMKDPB telah menganjurkan Kursus Jangka Pendek “Membuat dan Menghias Kek”, bertempat di Kolej Komuniti Tanjung Piai, Pontian (KKTP) pada 30 Mac 2013.
    Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan ukhwah bagi mewujudkan kerjasama dengan mana-mana individu atau badan-badan kerajaan mahupun swasta bagi tujuan perkembangan yang lebih positive di kalangan anak-anak puteri. Selain dari itu kursus ini juga dapat memupuk minat dan kreativiti pelajar  supaya lebih berketerampilan bagi faedah individu ,keluarga dan masyarakat setempat .
Kursus ini juga telah dihadiri oleh seramai 13 orang peserta termasuk 2 orang  guru pengiring  iaitu Pn Rashidah Hassan dan Pn Zabilin Harjin. Para peserta telah dikenakan yuran sebanyak RM 38 seorang.
       Pada keseluruhannya kursus ini  telah dikendalikan oleh  2 orang tenaga pengajar iaitu Pn Hanira bte Mohamad Nur dan Pn Azyati bte Mohd Agos. Kursus telah  bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.

Pada keseluruhannya para pelajar dan guru amat berpuas hati dengan penghasilan kursus. Pihak PPI SMKDPB juga  bercadang akan mengadakan kursus  seperti ini lagi pada masa akan datang , memadangkan permintaan yang tinggi dari para pelajar yang lain.

LADAP 3 : In-Service Training (LADAP) 3

6 April 2013: In-Service Training (LADAP) 3 continues on today with the entry talks' Virtual Learning Environment, Application MBMMBI and MOE Education Plan. A total of 85 participants were present for the teacher to attend this course. The guest speakers were Mr. Muhammad Zawawi bin Md Nordin, GPB SMK Tun Fatimah, Johor Bahru, Mr. Azizan, AMANIZ MANAGEMENT SDN.BHD, and Mr. HJ. Hashim Bin Mohd Dom.

Program Ramah Mesra PIBG dan Ibubapa

4 April 2013 : Pada 23 Mac 2013 yang lalu kumpulan AJK PIBG SMK Dato' Penggawa Barat telah mengadakan program ramah mesra bersama ibubapa. Di antara rumah ibubapa yang telah diziarahi ialah di rumah Pn. Teo Cheng Lin di Jln. Johor , Pontian dan En.Kasmuri bin Sahar di Parit Bugis, Kayu Ara Pasong, Pontian.Tujuan program ini diadakan adalah untuk melakukan lonjakkan perubahan secara  pendekatan transformasi kasih sayang di antara  PIBG dan ibubapa agar ibubapa juga dapat membantu anak-anak mereka mencapai kegemilangan di dalam peperiksaan awam yang akan anak mereka hadapi.